من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Monday, August 23, 2010

Kesan rokok pada genetik


NEW YORK - Individu bukan perokok yang terdedah kepada asap rokok mempunyai risiko tinggi menghidap pelbagai penyakit dan masalah genetik, sama seperti seorang perokok tegar.

Data biologi yang dikeluarkan sekumpulan pengkaji di Kolej Perubatan Weill Cornell, Manhattan mengesahkan pandangan yang dikemukakan sebelum ini berhubung risiko berkenaan.

Pengkaji terbabit mendokumentasi perubahan pada aktiviti genetik yang berlaku dalam kalangan bukan perokok apabila mereka terdedah kepada asap rokok daripada orang lain.

Ronald Crystal yang mengetuai kumpulan pengkaji itu berkata, orang ramai tahu bahawa asap rokok menyebabkan individu bukan perokok yang menjadi :secondhand smoker: turut terdedah kepada pelbagai penyakit seperti penyakit paru-paru dan sakit jantung.

“Malangnya, belum ada data dan fakta biologi yang boleh menyokong perkara itu. Hasil kajian ini pula secara nyata sudah membuktikan bahawa perokok pasif atau :secondhand smoker: juga mengalami masalah genetik seperti perokok tegar,” katanya.

Bagi membuktikan perkara itu, kajian dilakukan ke atas sel paru-paru 121 sukarelawan yang terdiri daripada perokok dan bukan perokok.

Ujian air kencing juga dilakukan untuk meneliti tahap nikotin pada perokok dan perokok pasif.

Kajian teliti dilakukan pada sel paru-paru yang dikenal pasti menyimpan 25,000 genetik manusia.

Hasilnya, pengkaji menemui 372 genetik yang masih aktif pada perokok tetapi tidak lagi aktif pada kelompok perokok pasif.

Laporan kajian itu disiarkan dalam :American Journal of Respiratory and Critical Care Medicine: keluaran 20 Ogos lalu.

“Kajian ini membuktikan bahawa golongan bukan perokok mempunyai alasan lebih kukuh untuk mendesak supaya tempat awam diwartakan sepenuhnya sebagai zon larangan merokok.

“Jika tidak, kanak-kanak, warga emas dan sesiapa sahaja yang bukan perokok akan mengalami perubahan genetik serta menghidap pelbagai penyakit berbahaya kerana menghidu rokok yang dihembus perokok,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...