من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Monday, August 23, 2010

Menu Si Kecil Berbuka Puasa



Kenali pemakanan latih anak berpuasa

MELATIH si kecil berpuasa juga bermaksud memastikan mereka mendapat makanan yang seimbang dan sihat. Selain memberi kesihatan yang baik kepada mereka, pemakanan seimbang adalah sumber tenaga untuk mereka mengharung sepanjang hari berpuasa. Paling penting, pengambilan makanan perlu berpandukan piramid makanan.

Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia Norlaily Md Nasir berkata, ibu bapa perlu memastikan pengambilan makanan anak-anak mereka seimbang, sihat dan tidak berlebihan. Sebagai contoh, ketika waktu bersahur sediakan makanan kaya serat seperti nasi, mi, roti, bijirin yang mana makanan seperti ini membantu melambatkan proses lapar. "Penting juga untuk pastikan makanan yang diambil itu kurang lemak, kurang berminyak dan kurang gula. Begitu juga dengan waktu berbuka. Jangan sesekali melatih anak-anak memulakan buka dengan makanan atau minuman manis. Sebaliknya, amalkan seperti sunnah Rasulullah dengan memakan kurma. Kurma kaya dengan nutrisi dan baik untuk kesihatan sistem penghadaman kanak-kanak,"katanya.

Jelas Norlaily, walaupun berdasarkan syarat wajib berpuasa mengariskan seseorang yang sudah mencapai akil baligh, namun mengajar anak kecil didikan asas dalam mengerjakan ibadah ini sangat dialu-alukan. Justeru, dalam memastikan mereka mendapat bekalan tenaga yang cukup dan berasa selesa sepanjang berpuasa, pastikan menu makanan mereka adalah makanan kaya serat ketika berbuka dan sahur.

Bagaimanapun, tidak digalakkan untuk anda memberi makanan tambahan kepada anak-anak ini terutama semasa berpuasa.

"Ada sebilangan ibu bapa yang percaya, makanan tambahan membantu pola pemakanan sihat anak-anak. Sebenarnya, pemakanan yang sihat dan seimbang adalah daripada makanan yang anak-anak ambil setiap hari,"
"Justeru, pastikan mereka dibekalkan dengan kesemua nutrisi yang diperlukan seperti karbohidrat, protein, vitamin dan mineral yang penting untuk pertumbuhan dan kesihatan mereka. Makanan tambahan pula hanya membekalkan nutrien-nutrien tertentu sahaja. Jadi sekiranya ia diambil secara berlebihan dan tidak teratur, ia akan hanya menyebabkan toksik di dalam badan,"katanya.

Norlaily berkata, apa yang penting pelbagaikan jenis makanan anak-anak anda bagi memastikan tubuh badan mereka mendapat apa yang diperlukan untuk kesihatan kanak-kanak terutamanya dalam menjalani ibadah puasa. Apatah lagi, makanan tambahan umumnya hanya perlu diambil oleh kanak-kanak yang mengalami masalah kesihatan dan atas nasihat doktor atau pakar pemakanan.

Ada kala, soal pemakanan walaupun nampak remeh tetapi memeningkan kepala ibu bapa. Ini disebabkan ada sesetengah kanak-kanak tidak suka makan terutama nasi. Selain nasi sebagai makanan ruji, nasi juga sebenarnya pemberi tenaga. Justeru, jika anak tidak gemar makan nasi, gantikan dengan makanan jenis yang sama berdasarkan piramid makanan. Misalnya, mi, mihun, pasta, roti dan bijirin.

Makanan jenis ini juga kaya serat dan melambatkan proses lapar.

INFO: Tip menu Ramadan untuk kanak-kanak:

  • Sediakan masakan panas untuk bersahur. Biasanya, masakan panas boleh menambahkan selera anak-anak.


  • Masak juadah kegemaran anak-anak. Jika boleh, tanya dulu makanan ingin dimakan ketika bersahur.


  • Pelbagaikan jenis masakan. Anak-anak cepat jemu dengan masakan sama setiap hari.


  • Sediakan masakan berkuah seperti sup yang lebih mudah dimakan dan mengenyangkan.



  • Elak masakan pedas dan berempah yang boleh sebabkan ketidakselesaan sewaktu berpuasa.


  • Galakkan anak-anak mengambil buah-buahan dan minum banyak air sewaktu bersahur.

    Menu sahur:


  • 2 biji kurma (mulakan dengan saiz sederhana)



  • 1 cawan nasi goreng cina (menarikkan dengan menambah sayur campur di dalam nasi goreng)


  • 1 gelas air masak / 1 gelas air susu

    Menu berbuka:


  • 2 biji kurma (mulakan dengan saiz sederhana)



  • 1 cawan nasi putih



  • 1/2 ekor ikan (saiz sederhana) masak kicap



  • 2 sudu makan sayur sawi goreng



  • 1 gelas air masak




  • Sumber : Berita Harian

    Post a Comment

    Komen Anda

    Berita Semasa

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...