من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Sunday, August 22, 2010

Senarai 24 Hotel Bufet Ramadhan Diragui Halal

kredit gambar : www.eats.my

Semalam Kosmo melaporkan terdapat 24 buah hotel yang menawarkan sajian Bufet Ramadan didapati menggunakan bahan yang diragui halal.

“Antara hasil penemuan ialah penggunaan bahan mentah yang berasaskan alkohol, bahan ramuan yang diragui, bahan mentah yang tiada pengesahan halal, ayam daripada sumber yang tidak jelas dan percampuran di antara bahan mentah halal dengan tidak halal di kawasan penerimaan (loading bay) dan stor penyimpanan. - Kosmo

Berikut ialah senarai 24 Hotel Bufet Ramadhan Diragui Halal (1 hingga 10 Ramadan)

  1. One World Hotel First Avenue (Petaling Jaya)
  2. Bistro & Theatre Restaurant, Pusat Pelancongan Malaysia (Kuala Lumpur)
  3. Impiana KLCC Hotel & Spa (Kuala Lumpur)
  4. Hotel Equatorial (M) Sdn Bhd (Kuala Lumpur)
  5. Putrajaya Shangri-La
  6. Hotel Nikko Kuala Lumpur
  7. Shah’s Village Hotel (Petaling Jaya)
  8. Prescott Inn Kajang
  9. Lagenda Cuisine Sdn Bhd (Prescott Inn Kajang)
  10. Oriental Cyrstal Kajang
  11. Restoran Tupai-Tupai (Kajang)
  12. Eastin Hotel Petaling Jaya
  13. Concorde Hotel KL
  14. Novotel KL City Center (Concierge-Dept)
  15. Bangi Golf Restaurant
  16. Cititel Mid Valley (Kuala Lumpur)
  17. Kanpei Restaurant (Kuala Lumpur)
  18. The Zon All Suites Residences (Kuala Lumpur)
  19. The Royale Bintang Kuala Lumpur
  20. R & B Services Berjaya Times Square Hotel (KL)
  21. The Saujana Kuala Lumpur
  22. Hilton Kuala Lumpur
  23. Le Meridien (Kuala Lumpur)
  24. The Regency Hotel (Kuala Lumpur)

Senarai ini adalah hasil pemantauan JAKIM bermula 1 hingga 10 Ramadan lalu. Ini bermakna hotel bufet Ramadhan yang tidak disenaraikan di atas tidak semestinya halal. Mungkin JAKIM belum membuat pemeriksaan lagi ke atas hotel yang tidak disenaraikan.


Artikel penuh dari kosmo Senarai 24 Hotel Bufet Ramadan Diragui Halal itu,


KUALA LUMPUR – Sebanyak 24 buah hotel daripada 34 buah hotel yang dipantau oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana menawarkan sajian Bufet Ramadan bermula 1 hingga 10 Ramadan lalu didapati menggunakan bahan yang diragui halal.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, hasil pemantauan tersebut mendapati 70 peratus daripada premis berkenaan tidak memenuhi keperluan piawaian Pensijilan Halal Malaysia.

Menurutnya, promosi yang ditawarkan adalah jelas tidak menepati Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan ‘Halal’) 1975.

“Antara hasil penemuan ialah penggunaan bahan mentah yang berasaskan alkohol, bahan ramuan yang diragui, bahan mentah yang tiada pengesahan halal, ayam daripada sumber yang tidak jelas dan percampuran di antara bahan mentah halal dengan tidak halal di kawasan penerimaan (loading bay) dan stor penyimpanan.

“Bagaimanapun, kesemua premis memberikan kerjasama dan maklum balas yang baik di sepanjang proses pemantauan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Jelasnya, pihak hotel juga menyatakan minat dan kesediaan untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia daripada Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

Menurut Wan Mohamad, Jakim akan terus melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di hotel-hotel berkenaan pada setiap hari sepanjang Ramadan.

“Oleh itu, semua hotel diingatkan agar tidak menyalahguna terma Bufet Ramadan yang boleh mengelirukan pengguna yang hendak berbuka puasa di hotel.

“Sebagaimana yang kita ketahui, penggunaan istilah Bufet Ramadan merupakan perbahasaan halal dan ia boleh diambil tindakan sekiranya terdapat penyalahgunaan,” tegasnya.

Sementara itu, katanya, sepanjang 10 Ramadan pertama, Jakim menerima 16 permohonan sijil halal daripada hotel di seluruh negara.

Katanya, daripada jumlah itu, sembilan hotel telah lengkap dokumen dan sedang diproses manakala tujuh lagi belum melengkapkan dokumen mereka.

“Sebanyak dua hotel telah diberikan sijil halal dalam tempoh 10 Ramadan iaitu JB Central, Johor dan Pearl International, Selangor,” jelasnya.

sumber : Kosmo 21 Ogos 2010
Kredit Berita : Blog CaRca Marba

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...