من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Wednesday, December 29, 2010

Kenali Siapa Kita (Kisah Benar)



Seorang wanita telah bersembang dengan seorang hamba Allah tentang kehidupan. Wanita berkenaan telah menceritakan segala kehidupanya yang selama ini masih mencari-cari ketenangan yang dia sendiri tidak tahu dimanakah puncanya.Dia mempunyai pendidikan tetapi masih lagi terasa kekurangan yang dia sendiri tidak tahu. Hamba Allah berkenaan terdiam sejenak mendengar penjelasan wanita berkenaan. Kemudian hamba Allah bertanya kepada wanita tersebut adakah cik mahu tahu mengenai kehidupan ini. Wanita berkenaan hanya mengangguk.

Hamba Allah berpesan kepada wanita tersebut setiap soalan yang ditanya haruslah dijawab dengan ikhlas dari hatinya. Maka wanita berkenaan bersetuju dengan permintaan hamba Allah tersebut.(ikuti sesi soal jawab hamba Allah dengan wanita-cerita ini adalah cerita yang benar untuk renungan dan saya telah mendapat persetujuan wanita berkenaan dengan niat untuk dijadikan teladan)

Hamba Allah   : Siapa cik
Wanita      : Nama saya Aminah
Hamba Allah   : Boleh tak bagi tahu saya siapa cik?
Wanita      : Saya Aminah Binti Dollah
Hamba Allah   : Sekali lagi hamba Allah bertanya siapakah cik?
Wanita      : Saya Aminah Bin Dollah 


                Wanita berkenaan kebingungan kerana dia ditanya soalan yang berulang. Dalam hatinya sudah ada nada geram “aku dah cakap berapa kali yang aku ni Aminah Binti Dollah tak faham ke dia ni”

Hamba Allah   : Oooo puan ni Aminah Binti Dollah
Wanita      : Ye la dah banyak kali saya bagi tahu yang saya ni Aminah Binti Dollah tapi masih lagi awak tanya soalan sama “ SIAPA SAYA”

Hamba Allah hanya tersenyum mendegar kata-kata wanita tersebut. Dia terdiam sekejap dan memandang kepada wanita berkenaan.

Hamba Allah   : Tahukan cik Aminah pada matahari

Aminah menerangkan mengenai matahari  seperti yang telah dipelajarinya dari sekolah rendah sehinggalah kepengajian yang lebih tinggi.

Aminah           : Matahari penting untuk membekalkan cahaya kepada manusia,    
                          tumbuhan dan haiwan.
Hamba Allah   : Emmm kalau macam tu cik Aminah , matahari penting kerana memberi cahaya
Aminah           : Ye la
Hamba Allah   : Betulkah matahari penting
Aminah           : betul… kan masa kita belajar disekolah dulu matahari penting.

Kemudian hamba Allah beralih kepada soalan lain tentang bulan.

Hamba Allah   : Cik Aminah kenal bulan?
Amina           : Kenal. Saya suka tengok bulan.
Hamba Allah   :Kenapa cik suka tengok bulan?
Aminah           : Sebab cahanya lembut  dan indah. Lagi satu cahanya tidak menyilau mata memandang.
Hamba Allah   : Maknanya bulan itu penting sebab ia indah dan memberi cahaya yang lembut?
Aminah           : Ya. Jangan Tanya soalan yang sama sebab tu adalah jawapan muktamad saya.

Hamba Allah tersebut diam. Dia meneruskan perbualanya.Dia bertanya tentang bumi. 

Hamba Allah   : Cik Aminah tahu tentang bumi?
Aminah           : Tahu .
Hamba Allah   : Kalau cik tahu, boleh ceritakan tentang bumi.
Aminah           : Bumi adalah tempat untuk segala kehidupan. Untuk manusia, haiwan, tumbuhan dan semunya lah yang ada dibumi.
Hamba Allah   : Untuk apa bumi cik?
Aminah           : Untuk menampung kehidupan lah. Kalau tak duduk atas bumi kita nak duduk atas apa.
Hamba Allah   : Maknanya bumi penting untuk menampung kehidupan?
Aminah           : Iya lah.awak ni Tanya soalan yang terlalu simple…budak pra sekolah pun boleh jawab.

Hamba Allah hanya terdiam mendengar kata-kata Aminah tadi. Terasa juga dihatinya dengan kata-kat tadi. Tetapi dia hanya terdiam dan bersabar.Kemudian dia bertanya tentang udara.

Hamba Allah   : Cik cuba tahan nafas selama 20 minit.

Aminah dengan selamba menahan nafas 20 minit belum sempat sampai 10 minit dia sudah tercungap-cungap kepenatan. Wajahya sudah mengambarkan yang dia keletihan kerana kekurangan udara. Marah pun ada. 

Aminah           : Gilakah awk ni…..nak suruh saya mati…mana boleh tahan nafas    
                         sampai 20 minit. Mati la saya. Tanpa sedut udara macam mana saya nak hidup.
Hamba Allah   : Apa yang cik sedut tadi?
Aminah           : Udara la. Kita sedut oksigen dan hembus karbon dioksida. Kalau takde  
                          udara mati la kita.
Hamba Allah   : Maknanya udara penting untuk hidup?
Aminah           : Ye la.

Kemudian dengan tenang lelaki itu berkata-kata walaupun dia banyak terasa dengan kata-kata Aminah tadi. 

Hamba Allah   : Cik daripada persolan tadi saya rumuskan kepada 4 perkara
                     a)   Matahari penting kerana cahayanya
                     b)   Bulan penting kerana keindahan dan kelembutanya cahayanya
                     c)   Bumi penting untuk menampung segala kehidupan
                     d)   Udara penting untuk hidup/bernafas

Dengan sepenuh hati saya mahu cik menjawab sejujurnya bukan kerana saya tetapi kerana Allah. Aminah dengan pantas menjawab “YA SEMUA ITU PENTING”.Tetapi di hatinya ada Sesuatu perasaan yang pelik yang sukar untuk ditafsir pada ketika itu. 

Hamba Allah   :  Cik cuba cik renungkan sekejap…tahu tak cik semua itu adalah mengambarkan sifat-sifat Kekuasaan Allah.

    a)   Memberi Cahaya - An-Nur (Maha Pemberi Cahaya) lalu diciptakan matahari

    b)   Keindahan dan Kelembutan - Al-Badi (Maha Indah/Tiada Bandingan) lalu diciptakan           bulan sebagai penyeri malam yang gelap dengan cahaya yang lembut

    c)   Menampung segala kehidupan - Al-Hasib (Maha Mencukupi) lalu dijadikan bumi untuk semua makhluknya.

   d)   Untuk terus hidup dan bernafas- Al-Muhyi (Maha Menghidupkan) lalu diciptakan udara untuk makhluknya terus bernafas.

Aminah terkedu mendengar kata-kata hamba Allah. Dia hilang suara untuk berkata. Saat itu minda dan hatinya mula berfikir dan menghayati kata-kata yang dikeluarkan oleh hamba Allah tersebut. Tiada lagi hujah-hujah yang mampu dikeluarkan. Yang kelihatan linangan air mata yang menitis tanpa dia sedari. Apa yang dirasai pada dirinya terdapat satu kelainan Sesuatu perasaan yang sukar untuk digambarkan.

Hamba Allah   : Jadi mengapa cik mengatakan semua makhluk Allah itu lebih penting sedangkan Allah itu Maha Pencipta  (Al-Khaliq). Tidakah Allah itu yang lebih penting dari segala-galanya. Kita dikurniakan otak untuk berfikir tetapi sebahagian dari kita tidak mengunakan kesinambungan intelek, emosi dan spiritual untuk membawa diri kita kepada mengenali Allah. Kita gah dengan ilmu yang kita pelajari  tetapi kita seringkali lalai untuk mengenali Allah dengan ilmu yang dipelajari.


Air mata Aminah mengalir beserta dengan esakan tanpa menghiraukan dengan ilmu dan kekayaan yang dimilikinya rupa-rupanya baru dia sedar inilah kekosongan yang selama ini membelenggu dirinya.Dia tidak mengenali Allah dengan sepenuhnya. Dia tahu Allah itu wujud tetapi dalam pada masa yang sama dia lalai dalam menjalankan tanggungjawabnya kepada Allah.

Hamba Allah   : Mahukan cik kenali diri yang sebenarnya?

Aminah hanya mengangguk sahaja kata-kata tidak mampu lagi dilontarkan kerana satu perasaan yang membuatkan dirinya terasa sangat berdosa. Satu perasaan yang bercampur dengan takut, bersalah, hina dan kagum kebesaran Allah.

Hamba Allah   : Cik saya mohon kepada cik pejamkan mata, buang jauh2 kesenangan,pangkat dan harta dunia yang cik banggakan selama ini. Pohon  cik tundukan diri dan rasai keagungan Allah. Bolehkan?

Aminah mengangguk dan sedu tangisnya sedikit berkurangan.

Hamba Allah   : Pejamkan mata ucapkanlah kalimah syahadah,selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W dan bacaan al-fatihah

Dengan perasaan yang sayu dan hiba. Mulut Aminah  terkumat kamit mengucap kalimah syahadah, selawat dan al-fatihah. Beserta bacaan itu air mata mengalir dipipinya. Barulah dia terasa betapa hinanya dirinya dan kerdilnya dia di sisi Allah. 
 
Hamba Allah   : buka mata cik

Aminah membuka matanya….tiada lagi perasaan malu dengan situasi nya pada masa itu. Yang ada hanyalan satu perasaan penyesalan dan juga perasaan berdosa. Esakan masih lagi kedegaran air mata terus mengalir seolah-oleh tiada yang dapat menghentikanya.

Hamba Allah   : Nah sekarang….siapa yang penting dalam hidup cik?
Aminah           : Allah….Allah (perkataan itu keluar dengan satu perasaan yang sukar untuk digambarkan (Cuma apa yang diceritakan ianya lahir betul2 dari hati yang selama ini banyak melakukan dosa)
Hamba Allah   : Siapa cik yang penting?
Aminah           : Allah
Hamba Allah   :Siapa cik
Aminah           : Allah

Sekali lagi air matanya mengalir dengan laju dia menekup mukanya. Perasaan malu dan hina untuk hidup dimuka bumi Allah. Tiada tempat lagi dia mahu sorokkan mukanya kerana Allah itu lebih dekat daripada urat leher. Apa yang terkeluar pada hatinya pada masa itu

Aminah   : Ampunakan ku ya Allah, ampunkan ku Ya Allah…ampunkan ku Ya Allah.Aku jahil selama ini, aku bongkak pada Mu..........aku malu Ya Allah padamu….aku berdosa pada Mu Ya Allah.....aku menyakiti jiran-jiranku….ampunkan ku Ya Allah.

Tetiba-tiba hamba Allah itu bertanya kepada Aminah

Hamba Allah   : Siapa kamu?
Aminah           : Hamba Allah… itulah perkataan yang bukan sahaja terkeluar dari mulutnya sahaja tetapi dari hatinya…(ianya keluar secara tiba-tiba)…aku hanya hamba Allah…aku lalai…leka…ampunkan ku Ya Allah.
Hamba Allah   : Siapa kamu
Aminah           : Hamba Allah
Hamba Allah   : Siapa kamu
Aminah            : Hamba Allah (mulutnya sudah tidak mempu lagi mengukapkan kata hanya air mata yang membasahi wajahnya. Tudung yang dipakainya dibasahi air mata.

Lantas wanita berkenaan mengangkat kedua-dua belah tangannya dan tunduk memohon ampun. Dalam sendunya terbit keinsafan. Dalam hatinya lahir kerindun,dalam linangan air matanya terbayang ketakutan dosa kerana KeEsaan dan Kekuasaan Allah. 

Ya Allah ampunilah ku Ya Allah
Aku seorang hamba yang hina yang telah banyak melakukan dosa-dosa.
Ya Allah inilah diriku ….yang telah banyak melakukan kesilapan.
Lidahku ini sering berkeluh kesah
Lidahku yang sering berkata kasar
Lidahku yang sering menyakiti insan disekeliling ku
Lidahku yang jarang menyebut nama Mu Ya Allah
Lidahku yang selama ini kelu untuk memanggil namaMu

Degarlah2 Ya Allah
Lidah kotor ini menyebut nama Mu
Lidah ini yang mungkin pernah memakan makanan yang tidak halal sumbernya ya Allah
Ku memohon izin mu Ya Allah
Ampuni ku Ya Allah
Bimbinglah lidah dan ucapan ku Ya Allah
Untuk ku bermunajat kepada mu

Ya Allah …Kini  hati ku bergetar membanyagi dosa-dosa yang pernah aku lakukan
Membayangkan kesalahan ku
Membayangkan Engkau yang selama ini begitu menyayangi dan mengasihi ku
Tapi aku tidak pernah membalas cinta Mu

      Ya Allah

Ampunkan ku yang selama ini tidak menyintai Mu sepenuh jiwa ku
Padahal Engkau mengasihi ku…menyayangi ku
Padahal Engkau begitu merindukan ku
Berapa lama ku telah lupakan Engkau
Ampuniku Ya Allah….Ampuniku Ya Allah

Ya Allah
Betapa besar kasih sayang Mu
Hingga kau berikan ku roh mulia ciptaan Mu
Betapa sayangnya Engkau pada ku
Tapi ku menzalami Engkau
Ku Menjauhi Engkau Ku Lupakan Engakau…Ya Allah
Padahal selama ini Engaku begitu menyayangi ku
Engkau turunkan air kemuka bumi untuk minum
Engkau limpahakan tanaman untuk aku maku makan
Engkau limpah udara untuk ku bernyawa
Betapa Engkau mencintai ku
Betapa Engkau mengasihi ku  

Ampunkan ku Ya Allah

Ampunilah ku Ya Allah (ucap wanita berkali2 sambil mendah tanganya yang sudah menutupi mukanya…malunya wanita tersebut ….malunya bukan pada hamba Allah dihadapanya tapi malunya kepada Allah lebih dekat dari hamba Allah tersebut. Malunya kerana dosanya…malunya kerana kelalaian…malunya kerana kealpaanya…malunya kerana kebodohanya yang selama sini. MALUNYA DIA KEPADA ALLAH.

**Kini wanita berkenaan merasakan satu ketenangan sudah muncul dalam dirinya**

sekian terima kasih
semoga bersam-sama mendapat iktibar.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...