من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Saturday, January 1, 2011

Anak Luar Nikah : Bersediakah Kita Menghadapinya


Tanggal 12.00 tengah malam tadi masuklah kita ke tahun baru 2011. Sebelum tu pada tengahari hari jumaat, khutbah jumaat di masjid sekitar Selangor banyak yang menyentuh mengenai nilai-nilai murni, kebejatan masalah sosial di negara kita, dan amaran Allah agar umat Muhamad menghindari dan menjauhi maksiat khususnya zina.

Khatib seterusnya memberitahu bahawa statistik anak luar nikah di Malaysia amat membimbangkan yang mana statistik menunjukkan bangsa melayu mendahului bangsa yang lain. Aktiviti sosial remaja yang tidak terkawal, mudah mengakses halaman-halaman lucah dan kurangnya didikan agama adalah antara faktor utama yang menyumbang kepada bertambahnya anak luar nikah atau bahasa kasarnya anak haram.

Justeru adalah menjadi tanggungjawab kita orang Islam yang mengaku beriman agar sentiasa sensitif terhadap persekitaran kita agar tidaklah nanti bala Allah itu akan ditimpakan kepada kita..

Alhamdulillah malam tadi tepat jam 12 tengah malam, ada beberapa hamba Allah yang saya lihat di sekitar Sri gombak telah turun padang memberi penerangan dan risalah2 mengenai bahaya zina dan maksiat agar sambutan tahun baru itu bukan lah nanti di penuhi dengan sambutan maksiat..

 Alhamdulillah jugak kepada kerajaan Negeri Selangor kerana telah melaksanakan dan menjayakan Program Generasi Idaman Selangor @ GEMS yang mana dengan adanya program ini insyaallah negari Selangor akan menjadi negeri yang akan memartabatkan Islam dan mencegah dari berlakunya maksiat di kalangan penduduknya...

Di sini saya petik (BHO)



Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.

Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.


STATISTIK

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.
Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:

Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.

Siapakah yg harus dipersalahkan??

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...