من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Friday, February 11, 2011

Keharusan Menyambut Maulid SAW


 الحمد لله رب العالمين وصلى الله على سيدنا محمد وعلى ءاله وصحبه الطيبين وبعد

[AhliSunnah] Sesungguhnya Nabi Muhammada Sallallahu alaihi Wasallam adalah utusan Allah dan rahmat bagi sekalian alam. Menyambut perayaan untuk mengingati kelahiran baginda dengan membaca sedikit dari ayat-ayat suci al Quran dan menyebut sifat-sifat kenabian baginda adalah satu perkara yang penuh dengan keberkatan dan kebaikan serta kemulian apabila perayaan tersebut tidak dicampur aduk dengan perbuatan-perbuatan bida’ah yang buruk yang tidak diterima oleh syarak.

Katahuilah bahawa kepastian terhadap sesuatu perkara itu sebagai halal atau haram adalah tugas para ulamak yang berpangkat mujtahid seperti Imam Malik, Syafei, Abu Hanifah dan Ahmad bin Hanbal rodiaallahu anhum dan juga para ulamak salafu solih. Jelas di sini bahawa tidak boleh bagi setiap orang yang hanya sekadar menulis penulisan yang kecil atau besar boleh mengambil tugas para alim ulamak salafu solih tersebut lalu mengalalkan dan mengharamkan apa-apa tanpa merujuk kepada kata-kata para ulamak mujatahidin yang diiktiraf kehebatan dan kealiman mereka dari kalangan salaf maupun khalaf

Maka barangsiapasiapa yang mengharamkan zikir Allah dan sebutan sifat-sifat Nabi ketika kelahirannya dengan berdalilkan bahawa Nabi alaihisalam tidak pernah melakukannya, maka kita katakan kepada mereka: Adakah kamu mengharamkan mihrab-mihrab masjid dan menganggapnya sebagai bid’ah yang sesat? Dan adakah kamu mengharamkan pengumpulan ayat-ayat al Quran dalam mushaf serta titik-titik pada ayat-ayatnya dengan berhujah bahawa Nabi tidak pernah melakukannya?. Jika kamu lakukan sedemikian dengan mengharamkannya maka kamu telah menyempitkan perkara yang Allah Taala luaskan serta mudahkan pada para hamba-Nya untuk mengada-adakan perkara baru yang terdiri dari amalan-amalan yang baik yang tidak ada pada zaman Rasul. Sabda Rasulullah:

مَن سَنّ في الإسلام سُنةً حسَنَةً فلَهُ أجرُها وأجْرُ مَن عَملَ بها بعده من غير أنْ ينقُصَ من أُجورهم شىء

Maknanya: Sesiapa yang mula mewujudkan ‘sunnah’ (jalan) yang baik, maka dia mendapat pahala dan pahala sesiapa yang beramal dengannya tanpa berkurang sedikit pun daripada pahala mereka

Dan Saiduna Omar bin Khatab telah berkata selepas berjaya mengumpulkan orang ramai dalam satu imam pada solat taraweh:

" Inilah senikmat-nikmat bid’ah. Riwayat imam al Bukhari dalam sahihnya."

Imam Syafei juga berkata:

المُحدثـات من الأمور ضربان أحدُهما : ما أُحدث مما يُخالفُ كتابـاً أو سُنةً أو أثراً أو إجماعاً ، فهذه البدعة الضـلالة ، والثانيـة : ما أُحدثَ من الخير لا خلاف فيه لواحد من هذا ، وهذه مُحدثةٌ غير مذمومة

Maknanya: Perkara yang baru ada dua bahagian, salah satunya ialah apa yang bercanggah dengan kitab (al Quran) atau sunah atau asar (para sahabat) atau ijmak maka ini adalah bid’ah yang sesat, dan yang kedua ialah perkara yang diada-adakan dari perbuatan yang baik dan tidak bercanggah dengan perkara-perkara yang dinyatakan tadi maka ia adalah benda baru yang tidak dicela. Riwayat Imam al Baihaqi dalam kitabnya Manaqib al Syafei, jilid satu muka surat 469.

Sesiapa yang ingin mengetahui dalil-dali keharuasan maulid maka hendaklah dia merujuk kepada kenyataan-kenyataan para alim ulamak seperti kenyataan al Hafiz Ibnu Hajar al Asqalani yang mengatakan bahawa perayaan sambutan maulid Nabi syarif adalah bid’ah yang baik. Manakala mana-mana kenyataan yang dianggap fatwa yang mengatakan bahawa perayaan sambutan maulid adalah bid’ah yang haram adalah satu kenyataan yang tidak boleh digunaka pakai kerana banyak dalil yang mengharuskan sedemikian seperti yang dinyatakan oleh para ulama lain seperti al Hafiz Ibnu Dihyah, al Hafiz al Iraqi. Al Hafiz al Sakhawi, al Hafiz al Suyuti, Sheikh Ibnu Hajar al Haitami, Sheikh Muhammad Bakhit al Mutei mufti Mesir, sheikh Mustafa Naja Mufti Beirut dan banyak lagi.

Jadi mana-mana kenyataan seseorang yang kononnya mengeluarkan fatwa yang bercanggah dengan kata-kata para alim ulamak tadi maka tidak boleh dijadikan rujukan dan sandaran kerana iannya bukan dari kenyataan ahli ijtihad. Yang sepatutnya dijadikan ikutan dan rujukan adalah hal yang selari dengan kata-kata para alim ulamak yang muktabar. Dan ketahuilah juga bahawa asal setiap perkara itu adalah boleh selagi mana tiada dalil yang mengharamkan nya dan sesungguhnya agama Allah adalah mudah dan bukanlah payah. Wallahu aalam.

Oleh: Khadam ilmu al Hadis Sheikh Salem Ilwan al Hasani, pengerusi Darul Fatwa Australia.

Alih bahasa: USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM HJ MOHD ALWI
Email: fa_him@hotmail.com. Tel: 0199181278

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...