من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Wednesday, March 16, 2011

Wanita serba putih muncul dalam rumah


[PO] Team perubatan Islam Kasturi Syifa diketuai Ustaz Mohamad Hafiz Ahmad dipanggil bagi memusnahkan ribuan jin yang bersarang pada keris dan pedang itu. Kumpulan jin yang bersarang pada pedang dan keris itu menyebabkan keluarga pesara kerajaan itu porak peranda dan sering diganggu pelbagai kejadian misteri.

Anak perempuan pe­sara itu yang hanya mahu dikenali sebagai Zakiah berkata, beliau percaya pelbagai gangguan mis­teri yang mereka alami selama ini ada­lah ber­punca dari keris dan pedang lama itu. “Saya yakin ke­hidupan kami yang porak peranda selama ini ada kaitannya dengan senjata lama milik bapa,” katanya yang juga pesara kerajaan.

Beliau percaya disebabkan senjata itu sekian lama terbiar menyebabkan jin yang me­ngawal keris dan pedang itu me­ngamuk. Kejadian pelik itu menguatkan lagi dakwaan Zakiah bahawa pedang dan keris itu ada penunggunya, jika tidak masakan ia mengeluarkan bau yang sungguh meloyakan.

Pada hal, katanya, sebelum ini tiada sebarang kejadian pelik berlaku pada senjata itu. Zakiah berkata, disebabkan gangguan jin itulah hidup keluarganya porak peranda. “Adik-beradik tidak bertegur sapa, masing-masing membawa haluan sendiri.

“Ini tidak termasuk gangguan misteri yang berlaku dalam rumah saya. Macam-macam kelibat saya nampak, termasuk wanita berpakaian serba putih berlegar di dalam rumah sama ada waktu siang mahupun malam,” katanya.

Sementara itu, Ustaz Hafiz mengakui pada pedang dan keris pesara itu terdapat ribuan jin bersarang. “Saya bersama rakan-rakan menerus­kan kerja memusnahkan jin tersebut. “Walaupun pedang dan keris itu telah dipulihkan, namun masih lagi terdapat ribuan jin bersarang.

“Selepas direndam dalam air garam dan lada hitam barulah terbongkar rahsia sebenar pedang dan keris itu dikawal oleh jin,” katanya. Selain itu rendaman tersebut turut dicampur dengan haruman Kasturi Syifa’ dan air Hydro Syifa’. Ustaz Hafiz berkata, selepas pemuli­han kali kedua dilakukan gangguan misteri yang dialami Zakiah dan keluar­ganya mulai berkurangan.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...