من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Saturday, April 30, 2011

Menggoreng tanpa minyak

Teknologi Rapid Air yang diaplikasikan dalam Airfryer dapat membantu penggemar masakan menyediakan makanan sihat, bersih dan menjimatkan masa, kini anda boleh menggoreng makanan dengan lebih sihat tanpa menggunakan minyak masak
[KO] TABIAT pemakanan merupakan salah satu aspek penting dalam membantu memastikan kehidupan lebih sihat dan terjamin pada masa hadapan. Bahkan, penyediaan makanan yang sihat dan bersih semakin mendapat perhatian masyarakat hari ini agar dapat membentuk gaya hidup lebih berkualiti di samping mengharungi kesibukan tugasan seharian.

Menyedari kepentingan itu, jenama yang tidak asing dalam dunia peralatan elektronik, Philips memperkenalkan produk masakan, Airfryer untuk memastikan masyarakat dapat menikmati kehidupan lebih sempurna dalam pengambilan makanan mereka.

Penggoreng Airfryer membenarkan pengguna menggoreng makanan kegemaran mereka tanpa menggunakan minyak masak. Ia dapat menghasilkan menu sajian yang lebih enak dan menyihatkan tubuh badan. Pengguna an teknologi Rapid Air yang diaplikasikan dalam produk itu dapat membenarkan pengguna menggoreng makanan dengan lebih rangup sehingga 80 peratus kurang lemak berbanding cara konvensional.

Kombinasi unik edaran udara panas dan elemen gril ditampilkan dalam teknologi itu dapat membantu pengguna menggoreng masakan dengan lebih pantas. Makanan goreng, kudapan, ayam, daging dan banyak lagi bukan sahaja dapat dilakukan dengan pantas tetapi, menjimatkan masa apatah masyarakat hari ini selalu dibelenggu kesibukan di tempat kerja.

Dalam pada itu, penapis udara bersepadu yang terdapat dalam produk terbaru itu dapat mengurangkan bau dan wap dikeluarkan semasa pengguna menggoreng masakan kegemaran mereka. Apabila bau dan wap kurang terbebas, dapur juga mudah dibersihkan sekali gus menjimatkan masa rutin seharian anda.

Bagi memastikan masakan dikehendaki menjadi seperti yang diidamkan, model Airfryer itu turut didatangkan bersama kawalan suhu boleh dilaras sehingga mencecah 200 darjah Celcius untuk memberi keputusan terbaik. Sudah menjadi lumrah masyarakat hari ini sentiasa berkejar masa. Dengan menggunakan produk terbaru itu pelbagai hidangan dapat dimasak dalam satu masa kerana ia turut menawarkan pembahagi makanan.

Pengguna juga tidak perlu bimbang mengenai rasa yang akan bercampur aduk apabila dimasak bersama kerana teknologi digunakan dapat menghindarkannya daripada berlaku. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk masakan sihat itu, anda boleh melayari laman web www.philips.com.my




Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...