من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Wednesday, May 4, 2011

Penonton resah ular lilit leher budak

ULAR SAWA peliharaannya melilit leher Olivia Binfield dalam rancangan televisyen Britain's Got Talent.
[KO] LONDON - Seorang peserta cilik program realiti televisyen Britain's Got Talent (BGT) menawan hati para juri apabila dia melakukan persembahan bersama seekor ular sawa bernama Lucy pada Sabtu lepas.

Namun, para penonton lebih bimbangkan nasib budak perempuan berusia 7 tahun tersebut, Olivia Binfield, apabila lehernya dililit reptilia sepanjang 1.8 meter itu. Olivia membawa bersama ular sawa jinak itu yang dipelihara keluarganya semasa membaca sajak mengenai kepentingan untuk memulihara spesies terancam dalam BGT.

Sepanjang persembahannya, hos BGT, Ant McPartlin dan Declan Donnelly nampak resah dengan McPartlin bertanya: "Ular itu melilit lehernya, adakah itu normal?" Panel juri dan para penonton kemudian menarik nafas lega selepas melihat Olivia tidak diapa-apakan reptilia itu dengan dia berjaya mara ke peringkat seterusnya.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...