من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Wednesday, June 29, 2011

Laman Sosial Network Halal Terhebat 2011

[iLuvIslam] HalalSurf.Com sebuah laman social terbaru yang meningkat naik dari segi keahlian dan sumbangan informasi Halal dari serata dunia semenjak pelancaran June 2011. Laman sosial yang mengajak semua masyarakat Islam di dunia untuk menyumbang maklumat di mana terdapat halal dan apa produk halal yang mempunyai kandungan non-halal yang masih tidak diketahui oleh masyarakat Islam. Ini adalah disebabkan statistic dunia iaitu 80% makanan halal dikeluarkan oleh orang bukan Islam.

Sebagai umat Islam kita diwajibkan berkongsi maklumat untuk membantu pengambilan makanan tidak halal yang dilabelkan halal. Di laman web Halalsurf.com terdapat pengunjung yang mempamirkan barangan keluaran sendiri melalui photo,video,artikel dan blog tersendiri. Ada yang memberi maklumat tentang tempat makan di Malaysia sambil mempromosikan warung makanan dari segi lokasi dan hidangan secara percuma di HalalSurf.Com. Bayangkan peniaga warung yang sudah bertahun berniaga tidak pernah mengiklankannya tetapi Halalsurf.com dapat mempromosikan warung tersebut keseluruh dunia tanpa bayaran. Inilah yang diutamakan oleh Halalsurf.Com iaitu mencari halal, kongsi dan siarkan seluruh dunia.

“Beware of Non Halal is hiding in Halal products......”

Apa itu HalalSurf.Com?

HalalSurf.Com diperkenalkan sejak 2011 dari Malaysia merupakan sebuah laman sosial yang memfokuskan kepada informasi berkenaan halal iaitu berkenaan produk, lokasi tempat makan dalam atau luar negeri, cara hidup dan apa saja yang dapat membantu memberi maklumat tentang halal pada semua umat manusia.

Dengan HalalSurf.Com anda boleh mendaftar secara percuma, upload photo, video, artikel, iklan barangan dan lain-lain lagi secara percuma dan mudah. HalalSurf.Com adalah sebuah laman sosial yang baru dan memerlukan sokongan umat Islam seluruh dunia untuk membantu menambah ilmu pengetahuan barangan yang mana halal atau tidak halal.

Pada peringkat permulaan, HalalSurf.Com hanya mampu menyediakan kemudahan yang tersedia ada seperti mengunakan Youtube link untuk meletakan video anda. Ahli juga dapat menggunakan aplikasi yang disediakan untuk mengupload video ke dalam server HalalSurf.Com. Cuba anda lihat laman ahli Lipplap.Com burger yang meletakan photo dan video dengan cara yang mudah.

Ruangan photo juga digunakan untuk memaparkan iklan produk anda secara percuma. Anda mungkin dapat membantu peniaga-peniaga kecil di Malaysia yang menjalankan warung makanan untuk mempromosikan warung mereka di mana sahaja. Anda juga mungkin saudara kita mempunyai produk makanan yang boleh dipromosikan secara percuma. Viral Point disediakan untuk anda menyebarkan melalui Facebook, Twitter, Blogger atau halaman sosial lain. Lipplap.Com adalah merupakan rakan usahasama HalalSurf.Com

Visi HalalSurf.Com

Menjadi sebuah laman sosial yang terkenal dan membantu umat Islam mencari halal dan meluaskan perjuangan Halal di kalangan umat islam seluruh dunia yang hampir 1.3 billion.

Profile HalalSurf.Com

Di tubuhkan pada 2008 dan diaktifkan semula June 2011 dengan konsep Sosial Network dan didaftarkan di bawah sebuah syarikat Link and Build Business (1486090-U) Kuala Lumpur. Pengasas iaitu Rustam Rizalman Ghazalli ada seorang usahawan ICT dan Engineering yang berkelulusan Diploma Comp Science, Uitm dan Bsc(Hon) Computer Science, Coventry University, United Kingdom (1993-1996) Tel:016-5078325

Tel:016-5078325 Email: rustamrg@halalsurf.com

Jika anda ingin membantu dari segi idea,teknikal, berkerjasama sila email seperti di atas. Atau sumbangan kewangan pada Link and Build Business, ke acc Bank Islam ac#:12029010041526 Atau RHB ac#21601100020933 untuk memperkembangkan HalalSurf.com dengan lebih canggih.

Sertai HalalSurf.Com secara percuma dan anda adalah sebahagian daripada tanggungjawab halal yang menjadi tuntutan dunia dan akhirat. Dengan itu bantulah Halalsurf.Com dengan mempromosikan melalui media social network yang terkenal.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...