من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Sunday, June 26, 2011

membusung kena sihir

Prof Dr Haji Mohd Jahid Sidek
[PO] Ramlah, 50an, tidak mahu harta peninggalan arwah bapanya yang kini dalam kawalan ibunya itu diagihkan kepada lima adiknya yang lain. Arwah bapa Ramlah cukup dikenali di kalangan penduduk kampung kerana memiliki berpuluh-puluh ekar tanah termasuk dusun, kebun getah dan sawah padi.

Mendedahkan kisah menyayat hati ini, Prof Dr Haji Mohd Jahid Sidek berkata, dia terkejut dengan sikap seorang anak tidak berhati perut, sanggup menggunakan ilmu sihir menganiayai ibu sendiri. Katanya, selepas terkena sihir, si ibu yang berusia 80an itu mengikut semua kehendak anak sulungnya itu.

Si ibu berjanji akan menunaikan kehendak Ramlah termasuk menyerahkan semua harta atas alasan dia paling layak mewarisi harta tersebut. “Pada masa sama si ibu mulai bertukar perwatakan menjadi seorang pendiam dan lurus bendul,” kata Prof Jahid kepada wartawan Perdana.

Selepas sebulan berperangai pelik akhirnya si ibu jatuh sakit dan perutnya membusung seperti wanita mengandung sembilan bulan. Menurut Prof Jahid, adik-beradik Ramlah yang terkejut melihat perubahan itu mengesyaki ibu mereka terkena sihir.

“Peliknya, adik-beradik yang lain mendapati Ramlah sedikit pun tidak berasa risau, sebaliknya dia seolah-olah gembira. “Ramlah percaya ibunya akan menyerahkan semua harta itu kepadanya sebelum menghembuskan nafas terakhir,” ujarnya.

Tanpa pengetahuan Ramlah, dua adik lelaki bersama seorang adik perempuan membawa ibu mereka berjumpa Prof Jahid bagi mendapatkan rawatan. Setelah melakukan rawatan akhirnya terbongkar rahsia si ibu telah disihir anak sulungnya sendiri. Menurut Prof Jahid, ketika dia berdialog dengan jin yang bersarang dalam badan si ibu, terjawablah siapa yang melakukan perbuatan keji itu.

“Adik-beradik Ramlah yang berada di depan saya ketika itu sungguh terkejut. “Mereka tidak percaya perbuatan itu dilakukan kakak mereka sendiri semata-mata kerana tamakkan harta,” katanya. Selepas rahsia itu terbongkar, Ramlah meraung seperti diserang histeria kerana menyesal dengan perbuatannya.

“Ramlah seperti orang tidak siuman meminta ampun dari ibunya kerana melakukan dosa cukup besar itu,” kata Prof Jahid. Menurut Prof Jahid, pada mulanya si ibu enggan memaafkan Ramlah, tetapi atas desakan adik-beradiknya akhirnya dia bersetuju memaafkannya.

“Inilah padahnya jika seseorang itu dikuasai oleh perasaan tamak, sanggup melakukan apa saja walaupun terhadap ibu sendiri. “Alhamdulillah, selepas beberapa kali dirawat akhirnya dengan izin Allah si ibu sembuh seperti biasa,” ujarnya.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...