من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Tuesday, June 21, 2011

Trek roller-coaster paling curam


[KO] TOKYO - Sebuah taman tema hiburan di Jepun menyediakan permainan roller-coaster yang bakal menjadi tarikan baru, sekali gus memberikan pengalaman mendebarkan kepada pengunjung.

Taman Tema Hiburan Fuji-Q yang berlatar belakangkan Gunung Fuji di Yamanash menjanjikan kelainan dengan permainan roller-coaster Takabisha kerana ia melibatkan tujuh trek pusingan sepanjang 1000 meter dan meluncur di curam setinggi 43 meter.

Reka bentuk treknya yang dipercayai paling curam di dunia iaitu pada sudut 120 darjah turut diiktiraf oleh Guinness Book of World Record. Roller-coaster Takabisha yang menelan kos pembinaan kira-kira 3 bilion yen (RM113 bilion) mampu meluncur pada kelajuan 100 kilometer sejam dan hanya mengambil masa 112 saat untuk kembali semula ke trek permulaan.

Ia dijangka bakal merebut gelaran roller-coaster Mumbo Jumbo di Flamingo, Britain yang sebelum ini terkenal dengan trek paling curam iaitu pada sudut 112 darjah. Bagaimanapun, rekod roller-coaster meluncur paling laju masih dipegang oleh Formula Rossa di Ferrari World, Abu Dhabi iaitu dengan kelajuan 240 kilometer sejam.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...