من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Thursday, July 14, 2011

CIA palsukan program vaksin demi Osama



[SH] LONDON - Agensi risikan Amerika Syarikat (AS) menganjurkan program vaksinasi palsu di bandar di mana bekas ketua kumpulan Al-Qaeda, Osama Laden didakwa bersembunyi dalam percubaan mendapatkan sampel DNA daripada keluarga lelaki itu.

Menerusi siasatan akhbar Britain, The Guardian, sebelum serangan dilancarkan ke atas kediaman Osama, Agensi Perisikan Pusat (CIA) merekrut seorang doktor Pakistan untuk mngadakan program vaksin di Abbottabad.

Pakar perubatan itu, Shakil Afridi ditahan pihak berkuasa Pakistan sejurus pembunuhan Osama pada 2 Mei lalu kerana didakwa bersengkokol dengan agensi perisikan AS. Rancangan vaksinasi itu muncul selepas AS mengesan seorang pembantu Osama di kediaman pemimpin militan itu tetapi Washington memerlukan lebih pengesahan sebelum melancarkan serangan ganas.

Namun tidak diketahui sama ada CIA berjaya mendapatkan sebarang DNA daripada Osama atau ahli keluarganya.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...