من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Saturday, July 30, 2011

Kapal selam China menyelam 5,057 meter

GAMBAR fail pada 1 Julai lalu menunjukkan kapal selam China yang berjaya menyelam 5,057 meter di dasar laut di timur laut Lautan Pasifik pada Selasa lalu

[KO] BEIJING - Sebuah kapal selam China menyelam sedalam 5,057 meter dari aras laut untuk mencatat rekod selaman paling dalam pernah dilakukan kapal selam dari negara berkenaan. Pegawai-pegawai China enggan mendedahkan lokasi sebenar lokasi selaman kapal selam itu yang dikenali sebagai Jiaolong.

Namun, ujian selaman tersebut dipercayai dilakukan di timur laut Lautan Pasifik kelmarin. Agensi berita Xinhua melaporkan, Jiaolong yang berupaya mencapai kedalaman 7,000 meter, membawa tiga orang menuruni dasar lautan sedalam sekitar 5,057 meter semasa ujian selaman itu.

Kejayaan ujian selaman itu membayangkan bahawa kapal selam tersebut mampu sampai lebih 70 peratus ke dasar laut planet Bumi. Keupayaan teknikal China mencapai kemajuan besar sejak beberapa dekad lalu yang dibuktikan dengan menjadi negara ketiga di dunia yang menghantar manusia ke angkasa lepas pada 2003.

Seramai 12 lelaki pernah menjejak kaki ke bulan dan 500 lagi berada di angkasa lepas tetapi setakat ini, cuma dua individu iaitu Jacques Piccard dan Don Walsh berjaya sampai ke kawasan lautan paling dalam di dunia yang dikenali sebagai Challenger Deep di Pasifik Barat pada 23 Januari 1960.

Pengarah filem sains fiksyen Avatar, James Cameron merancang untuk menuruti jejak dua penjelajah itu untuk penggambaran sekuel filem tersebut.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...