من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Tuesday, July 5, 2011

Pemimpin Makin Kaya, Rakyat Papa Kedana



[iLuvIslam] Saya mendengar kuliah maghrib selepas tamat solat maghrib di sebuah masjid semalam. Tajuk kuliah yang disampaikan ialah antara "10 Golongan Yang Dijamin Masuk ke Neraka". Ketika penceramah menghuraikan isi kedua beliau: 'Raja dan pemerintah yang zalim', beliau menceritakan kisah sewaktu beliau masih belajar di Universiti Ain As-Syams, Mesir. Beliau belajar Bahasa Arab daripada pengajarnya, seorang Dekan Fakulti di Universiti Kaherah, Mesir. Pensyarahnya itu merupakan seorang pensyarah lepasan Ph.D. Kelas Bahasa Arab tersebut bermula dari pukul 5.00 petang hingga 7.00 petang.

Tempoh 2 jam itu cukup lama bagi sesebuah kelas untuk berlangsung tetapi hakikatnya Hakikatnya, beliau hanya diajar oleh pensyarah tersebut selama 15 minit sahaja. Menurut beliau, para pelajar hanya diarahkan menyebut dan menulis sepotong ayat berulang-ulang sebanyak 15 kali. Selepas tamat 15 minit, pensyarah tersebut berjalan ke belakang kelas dan mula menyusun meja.

Kemudian?

Kemudian pensyarah tersebut tertidur di atas meja yang disusun tersbut selama 1 jam 45 minit.

Penceramah tersebut telah berguru dengan pensyarah itu selama 6 bulan. Menjelang bulan ke-6, penceramah memberanikan diri untuk bertanya kepada gurunya:

"Wahai guruku, mengapakah kamu hanya mengajar kami 15 minit? Sedangkan masa yang diperuntukan adalah 2 jam."

"Saya minta maaf, wahai anak muridku. Saya sebenarnya sangat letih. Kehidupan saya sungguh sibuk," jawab pensyarah tersebut dengan nada keletihan.

"Apakah maksudmu, wahai guruku?" Soal penceramah tersebut dengan penuh sopan.

"Saya menguruskan pentadbiran di Universiti Kaherah daripada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Gajinya sebanyak 300 Genih Mesir: RM 330 sebulan. Kemudian saya berkhidmat pula, di Universiti Al-Azhar, daripada jam 1.00 hingga 4.00 petang. Gajinya juga sama seperti tadi. Kemudian, di sini di Universiti Ain As-Syams, saya berkhidmat daripada jam 5.00 hingga 7.00 petang. Gajinya 150 Genih Mesir= RM 165. Saya sangat penat. Maka, izinkan saya untuk berehat,"

"Adakah tuan menggunakan kereta?" Penceramah itu menyoal pensyarah tersebut lagi.

"Tidak. Saya cuma menaiki bas.Saya tidak mampu membeli kereta dengan gaji sebanyak ini. Hanya cukup untuk menyara keluarga saya," jawab pensyarah itu jujur dan tenang.

"Adakah tidak mengalir air mata kita apabila mendengar kisah ini? Inilah yang dikatakan zalim apabila pemimpin hidup dalam keadaan kaya raya dan berkuasa, rakyat dibiarkan hidup miskin dan papa kedana. Inilah yang terjadi ketika Mesir dibawah pucuk pimpinan Hosni Mubarak. Dia menyimpan kekayaan negara, sementara rakyat Mesir masih bergelumang di lembah kepapaan," ujar penceramah tersebut lagi.

Kisah benar ini harus dijadikan pengajaran. Semoga Allah melindungi kita daripada orang-orang yang zalim.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...