من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Saturday, July 9, 2011

Penduduk Rusia mohon tambah kuota haji


[SH] NALCHIK - Pemimpin umat Islam Rusia meminta Presiden Dmitry Medvedev mengemukakan cadangan kepada Arab Saudi untuk menambah bilangan kuota jemaah yang mahu menunaikan haji di Makkah, kelmarin.

Hampir tiga juta umat Islam mengerjakan haji setiap tahun menyebabkan Riyadh terpaksa mengenakan kuota terhad bagi setiap negara.

Mufti Rusia, Ismail Berdiyev, pemimpin masyarakat Islam di Karachay-Cherkessia berkata, hanya 20,000 jemaah haji dibenarkan melaksana rukun Islam kelima itu setiap tahun sedangkan terdapat kira-kira 20 juta orang Islam di negara itu.

Keputusan cadangan penambahan kuota itu turut dibincangkan bersama beberapa pemimpin di kawasan lain yang mempunyai majoriti penduduk Islam.

Medvedev menyambut baik cadangan itu dan berjanji akan membincangkannya dalam pertemuan akan datang.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...