من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Wednesday, August 31, 2011

Bilik seksaan Gaddafi ditemui

INILAH pintu utama untuk memasuki bilik-bilik dera yangdikendalikan oleh pasukan polis rahsia Gaddafi.

[KO] TRIPOLI – Sebuah bangunan yang pernah digunakan sebagai sekolah rendah telah dijadikan tempat menyeksa musuh-musuh pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, lapor sebuah akhbar semalam.

Ia merupakan lokasi polis rahsia Gaddafi memantau golongan peniaga dan penduduk di bandar ini. Mereka akan dihukum dan dipukul disitu jika melanggar peraturan.

Ibrahim Rapti, seorang pemain bola sepak profesional Libya, telah membawa wartawan Daily Mail masuk ke dalam penjara kecil tersebut.

Rapti memberitahu, ramai penduduk terkejut apabila mengetahui mengenainya. Menurutnya, kawan-kawan serta jiran tetangga bertindak selaku perisik kepada rejim kejam Gaddafi.

Di bahagian bawah bangunan, terdapat satu pintu yang diperbuat daripada batang-batang besi yang berat. Di sana ada empat buah bilik tahanan yang kecil. Masih ada kesan darah pada dinding yang tidak diketahui siapakah mangsanya.

Gaddafi memerintah Libya selama 42 tahun melalui kekerasan. Ia dapat dilihat dengan jelas menerusi kewujudan bilik-bilik seksaan serta penjara-penjaranya. Seseorang itu boleh ditahan dan diseksa hanya kerana bercakap mengenai sesuatu yang berbau menentang kerajaan.

Kini, individu seperti Rapti membentuk majlis perbandaran dan memulihara tempat-tempat sebegitu sebagai bukti kekejaman Gaddafi.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...