من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Friday, August 5, 2011

Tajikistan haramkan remaja Islam berjemaah di masjid


[KO] DUSHANBE - Tindakan Presiden Tajikistan, Imomali Rakhmon mengharamkan remaja Islam daripada bersembahyang di masjid menyebabkan para pemimpin Islam di negara ini menyifatkan arahan itu sebagai 'hadiah kejam' untuk umat Islam di bulan Ramadan.

Rakhmon yang berkuasa sejak tahun 1992 menandatangani rang undang-undang 'tanggungjawab ibu bapa itu' pada Rabu lalu dan berkuat kuasa mulai semalam.

Beliau menyatakan tindakan itu perlu bagi mencegah penyebaran fahaman fundamental agama di negara yang memiliki seramai 7.5 juta orang penduduk dengan 98 peratus daripadanya beragama Islam.

Semua individu yang berusia 18 tahun ke bawah, kecuali mereka yang belajar di sekolah agama diharamkan daripada bersolat di masjid atau rumah ibadat lain.

Golongan gadis pula diharamkan daripada memakai barang kemas kecuali anting-anting.

Mereka yang berusia 20 tahun ke bawah juga dilarang mencacah tatu, pergi ke kelab malam, menonton filem atau membaca material yang menyebarkan unsur-unsur pornografi, keganasan dan ekstremisme.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...