من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Wednesday, October 12, 2011

Britain Wujudkan Peraturan Kawal Internet


[SH] LONDON - Kerajaan Britain mengikuti jejak langkah Turki dengan mengawal akses Internet dalam usaha membantu ibu bapa melindungi anak-anak daripada terdedah kepada bahan lucah yang meruntuhkan moral masyarakat negara itu.

Peraturan baru yang diumumkan Perdana Menteri Britain, David Cameron bertujuan untuk menangani masalah pendedahan melampau kanak-kanak terhadap bahan seksual yang semakin meruncing di negara tersebut.

Kajian menunjukkan satu pertiga daripada kanak-kanak di bawah umur 10 tahun di Britain pernah melihat bahan lucah di Internet.

Selain menyekat Internet, Cameron juga menegaskan iklan yang memaparkan model berpakaian seksi dan terlalu agresif tidak akan dibenarkan disiar di papan iklan di seluruh negara.

Kerajaan juga membuka laman sesawang digelar Parentport, di mana ibu bapa boleh mengadu mengenai sebarang program televisyen, produk atau perkhidmatan yang dirasakan tidak sesuai bagi golongan kanak-kanak.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...