من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Sunday, October 23, 2011

Pembesar Di Dunia ...Pengemis Di Akhirat

jenazah pemimpin besar satu ketika dahulu kini menjadi tontonan umum di pasaraya

[KO] MISRATA - Jenazah pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dalam keadaan memilukan yang ditempatkan di dalam peti sejuk di sebuah pasar daging lama di Misrata, Libya dipertontonkan kepada umum, kelmarin selepas ia menjadi rebutan beberapa pihak yang ingin menentukan lokasi pengebumiannya.

Penduduk di Misrata termasuk kanak-kanak sanggup bersesak dan beratur panjang semata-mata mahu melihat jenazah Gaddafi selepas lokasi sementara tempat simpanannya diketahui umum.

Berikutan Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) belum memutuskan lokasi rahsia pengebumian Gaddafi, keluarganya yang kini hidup dalam buangan di Algeria meminta mereka menyerahkan jenazah pemimpin itu bersama anak lelakinya, Mutassim kepada suku kaum Gaddadfa di Sirte supaya kedua-duanya boleh dikebumikan dengan sempurna.

Pelbagai spekulasi dan kekeliruan mula timbul berhubung fakta sebenar pembunuhan Gaddafi, Khamis lalu selepas beberapa rakaman video tersebar luas dan faktanya bercanggah antara satu sama lain.

Jurucakap kerajaan sementara, Abdel-Rahman Busin berkata, NTC dijangka akan mengumumkan secara rasmi pembebasan negara pengeluar minyak tersebut daripada cengkaman rejim Gaddafi, hari ini, iaitu satu titik permulaan untuk pembentukan kerajaan baru bercorak demokrasi menjelang 2013.

Ada pihak berpendapat kematian Gaddafi adalah petanda permulaan konflik baru di Libya kerana mereka mendakwa kerajaan baru pimpinan NTC tidak teratur dan stabil kerana penduduk Libya masih tidak bersatu dan hidup berpuak.

Saif al-Islam, satu-satunya anak Gaddafi yang masih berada di Libya dilaporkan masih hidup dan bersembunyi walaupun beberapa menteri kerajaan sementara Libya mendakwa dia kini dirawat di hospital Zlitan akibat kecederaan semasa cuba untuk melarikan diri daripada ditangkap bersama bapanya.

Dalam satu kenyataan lain, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) merancang untuk menamatkan misi ketenteraan di Libya pada akhir bulan ini dan keputusannya akan diumumkan selepas berunding dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB) dan pihak berkuasa di negara tersebut.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...