من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Thursday, December 1, 2011

Ikhwanul Muslimin Mendahului Pilihanraya Mesir


[SO] KAHERAH - Parti Ikhwanul Muslimin di Mesir mendahului pilihan raya Parlimen fasa pertama negara itu dengan mendapat 40 peratus daripada jumlah undian sehingga semalam, dan keputusan penuh hanya akan diumumkan hari ini.

Sebelum ini, parti itu menuntut ahli Parlimen yang dipilih rakyat dalam pilihan raya tiga fasa bermula Isnin lalu, dipilih sebagai Kabinet kerajaan. Cadangan itu mungkin menimbulkan perbalahan antara Ikhwanul Muslimin dan majlis tentera yang melantik perdana menteri baru Mesir.

Jutaan penduduk Mesir membuang undi dalam pilihan raya pertama sejak Presiden Hosni Mubarak digulingkan, Februari lalu dengan undian dijangka berakhir, Januari depan.

Proses pengundian dilaporkan berjalan lancar walaupun dicemari dengan keganasan kecil, malam kelmarin, apabila lebih 80 orang cedera semasa protes menuntut majlis tentera segera berundur daripada tampuk pemerintahan.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...