من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Tuesday, December 6, 2011

Kemalangan Kereta Mewah

BEBERAPA anggota polis melakukan siasatan ke atas tiga buah kereta sport mewah yang terlibat dalam perlanggaran melibatkan 14 buah kenderaan di lebuh raya Chugoku, Shimonoseki kelmarin.

[SO] TOKYO – Satu konvoi kereta mewah di Jepun berakhir dengan kemalangan sangat mahal yang melibatkan lapan buah kereta Ferrari, sebuah Lamborghini dan dua kereta Mercedes.

Menurut polis, kemalangan itu yang berlaku di wilayah Yamaguchi, kelmarin, dipercayai berpunca daripada seorang pemandu Ferrari yang cuba menukar lorong tetapi terlanggar pembahagi jalan. Pelanggaran itu menyebabkan kereta tersebut berpusing di tengah lebuh raya, dan kereta mewah lain berlanggar sesama sendiri semasa cuba mengelak Ferrari itu.

Polis mengesahkan tiada sebarang kecederaan parah dilaporkan tetapi 10 orang dirawat akibat lebam dan luka ringan dalam kemalangan itu. Agensi berita AFP melaporkan bahawa kos perlanggaran itu melibatkan 300 juta yen (RM12.07 juta).

Harga kereta baharu Ferrari ialah lebih 20 juta yen (RM804,794) manakala Lamborghini berharga sehingga 30 juta yen (RM1.20 juta). Jom kita layan berita bahasa Jepun di sini.....

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...