من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Monday, January 30, 2012

Berita Baik : Teh Mampu Kurangkan Tekanan Darah Tinggi

[SO]SYDNEY - Berita baik kepada penggemar teh, bahawa kajian dari Universiti Australia Barat dan Unilever mendapati dengan mengamalkan pengambilan tiga cawan teh sehari mampu mengurangkan tekanan darah tinggi.

Bagaimanapun, berdasarkan penemuan itu, ketua penyelidik, Profesor Jonathan Hodgson masih tidak dapat memastikan keberkesanannya jika individu memilih untuk meminum teh hitam atau menambah susu dalam minuman tersebut.

Teh merupakan minuman kedua pilihan masyarakat dunia selepas air kosong kerana ia kaya dengan zat kimia polifenol, antioksida yang mampu menghentikan pertumbuhan sel kanser.
Kajian dari Universiti Harvard mendapati minuman itu juga mampu meningkatkan sistem imun seseorang .

“Pada masa yang sama, kita juga perlu mengurangkan pengambilan garam dan memakan lebih banyak buah dan sayur-sayuran bagi mengekalkan kesihatan fizikal di samping berkesan untuk menurunkan tekanan darah,” jelas Hodgson.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...