من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Tuesday, March 27, 2012

Lelaki Ini Boleh Sendawa Sekuat Enjin Pesawat


[KO] BUNYI sendawa boleh menjadi satu perkara yang memalukan tetapi sebaliknya bagi Paul Hunn. Ini kerana tabiat bersendawa membolehkan lelaki dari London, England itu memecahkan rekod dunia. Guinness World Records telah mengiktiraf Hunn sebagai lelaki yang mempunyai bunyi sendawa paling kuat di dunia.

Kekuatan bunyi sendawa Hunn ialah 109.9 desibel iaitu bersamaan bunyi pesawat Boeing 737 yang sedang mendarat di lapangan terbang. Kekuatan bunyi pesawat itu adalah antara 90 hingga 110 desibel. Hunn memecahkan rekod itu pada 3 Ogos 2009 di Butlins, Bogner Regis, Britain.

Sendawa sekuat kapal terbang itu membolehkan bekas kerani akaun sebuah firma guaman itu meraih populariti. Dia membangunkan laman web www.theburperking.com yang khusus untuk menceritakan pengalamannya melakukan aksi pelik itu di beberapa buah negara.

“Dengan bersendawa sahaja, saya telah menjelajah Jerman, Australia, Jepun dan Amerika Syarikat untuk membuat persembahan. “Malah, saya sering diundang untuk melakukan pertunjukan pada majlis tertentu di tanah air saya,” katanya.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...