من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Sunday, March 18, 2012

Seruan Kepada Ahlul Bait Nabi SAW!


[KBSM]Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wr wbkth,

" Kepada Tuan-tuan Sayyid, Habib, Syarif dan kaum keluarga sekelian, samada yang masih mengekal identiti asal mahupun yang telah lebur menjadi rumpun baka Nusantara ini, tampillah ke hadapan dengan penuh semangat dan keinsafan, upayakanlah potensi sebenar yang ada dalam diri anda sekelian. Demi sesungguhnya, anda sekelian berasal dari sulbi dan darah daging semulia-mulia makhluk ciptaan Allah SWT, Sayyidul-Anbiya-Wal-Mursalin, Habibullah, Khatimul-Anbiyya’, Rahmatu-li’L-‘Alameen, junjungan mulia Nabi Muhammad Rasulullah SAW.

Sesungguhnya umat Islam amat dahagakan kepimpinan serta bimbingan anda, hatta kepingin untuk mencontohi teladan yang baik dari fitrah kesufian, akhlak luhur dan keperibadian mulia yang begitu terserlah pada leluhur anda sekelian dari kalangan alim-ulama dan mubaligh-mubaligh ahlul-bait awallun dari Mekah, Madinah dan Hadhramaut itu. Sesungguhnya sifat-sifat tersebut yang mungkin sebahagiannya masih lagi terpendam di dalam lubuk jiwa dan nurani anda perlu digali keluar, dizahir serta diupayakan demi kesejahteraan dan menafaat umat Islam sejagat.

Bukankah nenda anda, iaitu junjungan mulia Rasulullah SAW pernah bersabda:

“ Sesungguhnya Allah memilih Kinanah dari anak Ismail dan memilih Quraisy dari Kinanah, dan memilih Bani Hasyim dari Quraisy serta memilihku dari Bani Hasyim. Maka aku berasal dari orang-orang baik, dari orang-orang baik, dari orang-orang baik.” (HR Muslim)

Sesungguhnya kepimpinan Yahudi Zionis sendiri mengakui bahawa golongan anda, khususnya dari golongan umara dan alim-ulama sufi adalah merupakan pertahanan fitrah bagi bangsa-bangsa (umat Islam). Cuba telusi yang tersirat daripada Protokol Cendikiawan Zionis No 1!

Maka jikalaulah golongan anda yang Rasulullah SAW sendiri sebutkan sebagai ‘baka terbaik’ dari kalangan bangsa-bangsa umat manusia keseluruhannya, namun anda gagal merealisasikan potensi darah daging tersebut, sebaliknya membuat perkara-perkara yang berlawanan dengan fitrah dan resam keturunan anda, maka apalah diharapkan lagi kepada baka-baka umat manusia lainnya. Ingatlah bahawa umat Islam adalah khalifah bumi, bangsa Quraisy khalifah umat Islam, Bani Hasyim khalifah bangsa Quraisy, dan ahlul-bait Nabi SAW adalah khalifah bagi kaum Bani Hasyim!!

SubhanaAllah! MasyaAllah! Allahu Akbar!!

Oleh itu jikalaulah kaum Bani Hasyim dapat menghayati serta menginsafi, hatta disedarkan semula tentang kepentingan peranan anda sekelian sebagai pertahanan fitrah kepada umat Islam sebagai khalifah mukabumi ini, maka tidakkah ianya berupaya membawa menafaat besar kepada semua makhluk Allah di muka bumi ini, tidak kiralah Islam mahupun kafir, malahan kepada situasi bumi dan alam?

Firman Allah SWT yang bermaksud : “ Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman diantara kamu dan mengerjakan amal-amal salih bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka sebagai khalifah yang berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah yang berkuasa.” (An Noor : 55)

Sabda Rasulullah SAW : ” Manusia itu mengikuti Quraisy dalam perkara ini, orang-orang Islam mengikuti mereka yang muslim dan orang-orang kafir mengikuti mereka yang kafir.” (HR Imam Muslim, Ahmad dan Baihaqi)

Sabda Rasulullah SAW : “Bintang-bintang adalah keselamatan bagi penghuni langit, sedang ahlul-baitku keselamatan bagi penghuni bumi.” (HR At-Thabarani)

Sebuah lagi Hadeeth Rasulullah SAW dari Abu Dzar menyatakan : “ Ahlul-baitku di tengah kalian ibarat bahtera Nuh. Siapa yang menaikinya ia selamat dan siapa yang ketinggalan ia binasa.” (HR Ahmad, Al-Hakim, ibnu Jarir dan At-Tabarani dalam kitab Al-Kabir)

Dalam hal ini, janganlah dihairankan mengapa semenjak tempuh akhir-akhir ini, kesemua makhluk Allah termasuk manusia di merata alam, haiwan, tumbuhan dan alam sekitar menjadi lintang pukang, porak peranda dan hampir menuju kebinasaan, kerana yang menjadi ‘khalifah’ bumi pada hari ini ialah Yahudi Zionis sebagai kuda tunggangan Iblis yang paling berkesan. Allah SWT sendiri berfirman mengenai keadaan mereka seperti berikut : "Dan kamu akan melihat kebanyakan dari mereka (orang-orang Yahudi) bersegera membuat dosa, permusuhan dan memakan yang haram (pecah amanah, rasuah dan sebagainya). Sesungguhnya amat buruk apa yang mereka telah kerjakan itu.” (Al-Maa’idah : 62)

“Dan sesungguhnya kamu dapati mereka (Yahudi) seloba-loba manusia kepada kehidupan (dunia), bahkan lebih loba lagi daripada orang-orang musyrik. Masing-masing mereka ingin agar diberi umur seribu tahun, padahal umur panjang itu sekali-kali tidak akan menjauhkan daripada siksa. Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.” (Al Baqarah : 96)

Bukankah ‘darah’ anda mempunyai ‘daulah’, iaitu karamah dan barakahnya yang tersendiri berdasarkan salawat umat Islam kepada anda sebagai sebahagian dari hak anda, sedangkan anda dihalang untuk menerima zakat dan sedeqah kerana ianya disebut sebagai kotoran harta manusia?

"Ya Allah! Kurniakan rahmat keatas junjungan kami Muhammad dan keatas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau mengurniakan rahmat keatas Ibrahim dan keatas keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji Maha Agung."

Sedarlah wahai ahlul-bait Rasulullah SAW! Sesungguhnya khidmat dan tanggungjawab agama merupakan kerja dan mandat Allah atas leluhur anda, baginda sekelian hidup atas nawaitu agama, menyempurnakan misi dakwah dan pertahanan umat Islam sebagai darah daging keluarga, menjadikan dunia sebagai tempat bercucuk-tanam sedangkan impian untuk bertemu nenda mereka, Rasulullah SAW di telaga Haudh di Akhirat nanti dalam keadaan sejahtera, kemenangan dan dalam keredhoan Illahi merupakan cita-cita dan impian mereka yang muktamad.

Contohilah sejarah hidup ahlul-bait awallun!
Contohilah sejarah hidup ahlul-bait awallun!
Contohilah sejarah hidup ahlul-bait awallun!

Jadikanlah mereka idealisme anda! Cetuskanlah kesedaran dan keinsafan di kalangan keluarga dan kaum kerabat untuk menyambung dan meneruskan sirah mereka sebagai pejuang-pejuang agama. Jangan pedulikan hasutan, tohmahan dan pengaruh golongan yang sebenarnya ingin menjauh serta menyelewengkan anda dari resam dan tanggungjawab sebagai cucu-cicit Rasulullah SAW. Berilah khidmat kerana Allah dan RasulNya semata-mata demi memertabatkan semula syiar Islam dan umatnya!

Ingatlah, sesungguhnya niat yang betul, usaha yang baik dan kemajuan agama anda memberi kesan SECARA LANGSUNG kepada ummah sejagat !!

Kepada Tuan-Tuan Sayyid, Habib, Syarif, keluarga dan kaum kerabat sekelian, samada yang masih pekat rasnya ataupun yang telah lebur kepada rumpunan baka Nusantara harap dapatlah diambil syor ini;

Pertama:
Kaji, keluarkan, sebarkan dan hayatilah bersama-sama akan kemurniaan sejarah sebenar nenek moyang anda yang sebahagian mereka telah menjadi mangsa fitnah, khususnya fitnah dari penyelewengan puak Syiah Pelampau sehingga ke hari ini. Biarlah kebenaran nenek moyang anda dapat ‘dipahat atas batu’ supaya kebenaran mereka tak hilang sehingga Hari Kiamat nanti. Dan siapakah lagi yang layak mempertahankan maruah dan penghormatan nenek moyang kalau tidak cucu-cicit mereka sendiri!!

Kedua:
Berlepas tanganlah dengan para pendokong Syiah Pelampau yang cuba mempengaruhi pegangan anda. Pertahankan kemuliaan martabat para sahabat Rasulullah SAW yang menjadi sasaran utama fitnah pendokong Syiah Pelampau.

Ketiga:
Bentuklah aliran pemikiran yang betul mengenai fakta, sejarah, kedudukan dan pegangan sebenar ahlul-bait Rasulullah SAW mengikut pendapat ijmak ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Berpegang teguhlah dan 'gigitlah kuat-kuat dengan gerahammu' kepada jalan dan ajaran sebenar pengikut Ahlus Sunnah Wal Jamaah di tengah-tengah kecelaruan berbagai fahaman yang sesat lagi menyeleweng pada masa kini.

Keempat:
Tanamkanlah kesedaran yang tinggi di kalangan keluarga dan kaum kerabat tentang kepentingan peranan ahlul-bait dalam kehidupan masyarakat Islam dari dahulu, sekarang sehingga menjelang penghujung Akhir Zaman nanti. Bentuklah kesedaran bahawa ahlul-bait patut menjadi suri tauladan kepada semua umat Islam kerana mereka pembawa zat Rasulullah SAW sendiri.

Kelima:
Bersyukurlah kepada nikmat Allah atas anugerah nasab mulia kepada anda yang menjadi idaman setiap umat Islam yang insaf akan ketinggian nilaian nasab tersebut itu. Zahirkanlah kesyukuran anda dengan menunaikan hak dan kewajipan nasab mulia tersebut dengan penuh kerendahan diri, taqwa dan tawadhu', sebagaimana resamnya nenda anda yang mulia, junjungan besar Rasulullah SAW.

Keenam:
Tanamkanlah kesedaran bahawa sebagai cucu-cicit Rasulullah SAW yang disebut baginda sebagai sarana keselamatan umat Islam, Iblis dan juak-juaknya bekerja lebih keras untuk menyeleweng, hatta membinasakan golongan anda. Oleh itu, anda sekelian seharusnyalah lebih berhati-hati supaya jangan terjatuh dalam perangkap Iblis. Bagaimanapun, tenang-tenangkanlah hati anda bahawa usaha anda itu lebih mudah memberi kesan serta menafaat pada diri sendiri, keluarga, kaum kerabat, komuniti dan umat Islam.

Ketujuh:
Carilah susur galur keluarga dan simpanlah dengan baik untuk menafaat anak cucu di kemudian hari. Adakanlah majlis-majlis haul untuk nenek moyang yang masyur sebagai pejuang agama atau tokoh bangsa demi mencetuskan semangat dan kesedaran di kalangan cucu-cicitnya supaya dapat mencontohi kehidupan serta perjuangan mereka.

Kelapan:
Bacalah kisah-kisah perjuangan ahlul-bait awallun dalam khidmat dan perjuangan agama mereka yang ikhlas dan tidak pernah lelah. Jadikan mereka ‘role model’ keluarga anda.

Kesembilan:
Meriahkanlah majlis-majlis ilmu dan zikir, ratib-ratib, haul, maulidur rasul dan hari-hari kebesaran Islam yang lainnya (yang tidak bercampur aduk dengan unsur-unsur bidaah atau kesesatan puak Syiah Pelampau) dengan kehadiran anda dan kaum kerabat.

Kesepuluh:
Dalam ruang kesempatan dan rezeki, kunjungilah tempat-tempat sejarah ahlul-bait terunggul seperti di Mekah dan Madinah, Hadhramaut, Mesir, Iraq, Indonesia, Singapura dan Tanah Melayu ini. Kunjungilah makam-makam mereka dan hadiahkan bacaan Yaasiin, Fatihah serta doakanlah mereka sebagaimana yang sepatutnya. Janganlah lupa mendapatkan wasilah mereka kerana ramai dari kalangan mereka telah dikurniakan martabat waliyullah seperti Sayyidina Ali, Sayidina Hasan dan Husin, Sayyidina ‘Ali Zainal Abidin, Imam Muhammad Baqir, Imam Jaafar Sadiq, Ummuhatul Mukminin, puteri-puteri Rasulullah SAW, Sayyidatina Nafisah, Sayyidatina Aminah, Syeikh Abdul Qadir Jailani, Wali Songo, Habib Nuh, Syeikh Ismail Pulau Besar dan ramai lagi. Tidaklah perlu disebut lagi tentang kewajipan menziarahi makam nenda Rasulullah SAW sendiri di kota suci Madinah.

Kesebelas:
Pilihlah dari kalangan keluarga anda seorang dua anak-anak yang paling berpotensi untuk ‘diwaqafkan’ sepenuhnya kepada khidmat agama sebagai alim-ulama syariat dan tariqat, sebagai pelaburan keluarga anda di Hari Akhirat nanti. Ingatlah, dengan berbuat demikian, anda akan menyejukkan hati Rasulullah SAW dan leluhur anda yang lain di Hari Akhirat nanti. Ini belum pun termasuk faedah dan keberkatan duniawi yang bakal menanti anda sekeluarga.

Keduabelas:
Bagi mereka yang berketurunan raja-raja, bangsawan mahupun alim-ulama dahulu kala, terutama yang mempunyai gelaran kebesaran diraja seperti Pangeran, Raden, Wan, Sidi, Nik, Long, Meor dan sebagainya, ikhtiarkan untuk menjejaki salasilah keturunan anda. Jikalau sahih bahawa anda mempunyai susur galur kepada raja-raja dari mana-mana kesultanan ahlul-bait, maka peganglah resam dan amalan ahlul-bait Rasulullah SAW kerana anda adalah ahlul-bait Gelombang Pertama, yang juga merupakan ‘pusaka peninggalan’ baginda. Apa yang menjadi hak mereka adalah hak anda dan apa yang menjadi kesalahan bagi mereka adalah juga kesalahan bagi anda. Malahan, perjuangan agama mereka adalah juga tanggungjawab dan mandat Allah atas anda. Oleh itu berbaktilah kepada Allah dan RasulNya dalam sekecil-kecil sehinggalah kepada sebesar-besar peranan (iaitu dalam konteks diri, keluarga, komuniti, bangsa dan ummah). Sedarkanlah hakikat ini kepada keluarga dan kaum kerabat anda.

Ketigabelas:
Do’akanlah zaman kebangkitan ummah yang diterajui oleh tokoh ahlul-bait Rasulullah SAW pilihan Allah SWT sendiri, iaitu Imam Al Mahdi Al-Muntazar.

Wahai ahlul-bait Rasulullah SAW sekeliannya, bersatu-padulah dalam memakmurkan masjid, meriahkanlah majlis-majlis ilmu dan zikir, gerakkanlah usaha dakwah dan tabligh, sebarkanlah kebenaran Islam, kemakaran Yahudi dan dakyah Nasrani, janalah alim-ulama syariat dan tariqat dari kalangan anda dan tadah tanganlah ke arah langit secara individu ataupun beramai-ramai untuk mendo’akan nusrah dan rahmat Allah SWT atas umat Islam sedunia.

Ungkapan Inggeris menyebut : “Make a difference!”

Allahumma Salli 'Alaa Sayyidina Muhammad Wa 'Ala Aali Sayyidina Muhammad

Wallahu'alam.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...