من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Monday, May 7, 2012

Kasut Untuk Gergasi


Dua juruteknik mengukur saiz kaki Vovkovinskiy di ibu pejabat Reebok di Canton, Amerika Syarikat kelmarin

[KO] CANTON, Amerika Syarikat (AS) - Seorang lelaki paling tinggi di sini, Igor Vovkovinskiy mengunjungi ibu pejabat syarikat kasut Reebok di sini kelmarin untuk mengukur saiz kasutnya dengan harapan dia dapat menjalani kehidupan secara normal.

Vovkovinskiy berkata, sejak enam tahun lalu, dia menjalani 16 pembedahan selepas ditimpa pelbagai masalah kesihatan akibat memakai kasut yang tidak sesuai.

"Selama enam tahun, saya cuma terperap di dalam rumah," kata Vovkovinskiy yang setinggi 2.34 meter.

"Saya berhasrat untuk bersiar-siar di sekitar kawasan kejiranan sambil ditemani anjing peliharaan saya," tambahnya.

Proses mengambil ukuran kaki Vovkovinskiy dilakukan oleh beberapa juruteknik dengan bantuan mesin canggih bagi memastikan saiz kasut yang tepat.

Reebok menyatakan, kos untuk membuat kasut Vovkovinskiy adalah antara AS$12,000 (RM36,531) hingga AS$20,000 (RM60,885).

Vovkovinskiy, 29, berasal dari Ukraine tetapi pada usia tujuh tahun, dia dan ibunya berpindah ke negeri Minnesota bagi mendapatkan rawatan penyakit kelenjar pituitari yang menyebabkan ketinggiannya menjadi luar biasa.

Ketika itu, Vovkovinskiy memiliki ketinggian 1.83 meter.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...