من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Saturday, May 5, 2012

Kubur Osama Di Dalam Lautan ??


[SO] NEW YORK - Lokasi sebenar jenazah pemimpin Al-Qaeda, Osama Laden dibuang ke laut masih tidak dapat dipastikan sehingga kini.

Tetapi, seorang pencari harta karun warga warga Amerika Syarikat (AS), Bill Warren, 60, mendakwa dia telah menemui lokasi yang tepat dan merancang untuk menyelam ke kawasan itu.

Warren yang mempunyai pengalaman mencari lebih 200 bangkai kapal kini cuba untuk mengumpulkan dana berjumlah kira-kira AS$200,000 (RM609,000) untuk misi mencari beg didakwa mengandungi jenazah Osama di sebuah kawasan di Laut Arab Utara.

Dia nekad untuk melakukan misi tersebut selepas mengkaji imej satelit yang diberikan oleh sumber rahsianya di Pentagaon.

Menurutnya, beg jenazah Osama turut diletakkan pemberat supaya kedudukannya di dalam dasar laut tidak berubah.

Sebelum ini, AS gagal mengemukakan bukti kematian Osama dan enggan mendedahkan lokasi jenazah pemimpin Al-Qaeda itu dibuang kerana khuatir kononnya ia akan menjadi tempat pemujaan penyokongnya.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...