من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Wednesday, June 13, 2012

Bangunan Yang Diperbuat Daripada Buluh

Bangunan kilang Big Tree Farms yang diperbuat daripada buluh di Sibang Kaja.
[KO] SIBANG KAJA, Pulau Bali - Bangunan sekolah dan kilang coklat di sini dibina daripada buluh bagi menggantikan keluli sebagai usaha untuk menjaga alam sekitar.

Kilang Big Tree Farms setinggi tiga tingkat itu dibuka pada tahun lalu dan ia merupakan bangunan komersial yang terbesar di dunia dibina daripada buluh.

Menurut pengasas bersama kilang itu, Ben Ripple, 37, tiada bahan binaan lain setanding buluh dan ia tidak merosakkan tanah.

Sebanyak 25 bangunan Sekolah Hijau yang menempatkan 240 pelajar dibina daripada buluh.

Kebanyakan daripada pelajar itu merupakan anak ekspatriat asing.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...