من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Sunday, July 22, 2012

359 hotel, 453 Premis Diberi Sijil Halal Jakim

[KO] KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah meluluskan permohonan sijil halal kepada 359 hotel dan 453 premis yang ingin mengadakan bufet Ramadan sehingga kini.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, pengusaha hotel dan premis makanan yang belum memohon sijil halal perlu berbuat demikian sebelum mengadakan promosi bufet Ramadan.

"Jakim kini turut mengadakan hubungan erat dengan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dan Persatuan Pemilik-Pemilik Hotel Malaysia (MAHO) bagi memberi kesedaran tentang kepentingan mempunyai sijil halal kepada ahli mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Othman berkata, Jakim juga telah melakukan pemantauan ke atas 471 premis makanan termasuk dapur hotel dan daripada jumlah itu, sebanyak 154 premis telah menerima amaran supaya memohon atau memperbaharui sijil halal mereka.

Othman menasihatkan umat Islam supaya bijak memilih hotel dan premis makanan yang menawarkan bufet Ramadan dan memilih premis yang telah diperakui halal oleh Jakim/majlis agama Islam negeri (MAIN) bagi mengelak daripada was-was.

Umat Islam boleh menyemak senarai hotel yang mendapat sijil halal Jakim/MAIN di SINI . – BERNAMA

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...