من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Sunday, July 1, 2012

Cacing berukuran lime inci hidup dalam mata

gambar hiasan

[SH] MUMBAI - Kesakitan ditanggung seorang lelaki selama dua minggu, berakhir selepas doktor mengeluarkan seekor cacing berukuran lima inci daripada matanya, semalam.

Doktor Hospital Fortis Mumbai, Dr V Seetharaman berkata, ketika melakukan pemeriksaan di bawah mikroskop dia mendapati wujud objek seperti benang."Kami membuat bukaan kecil pada konjunktiva mata untuk mengeluarkan cacing itu," katanya.

Beliau berkata, selepas pembedahan, cacing itu masih hidup dan dihantar ke pusat mikrobiologi untuk kajian.

"Selama 30 tahun menjadi doktor ini adalah kes pertama ditemui," katanya.

Menurutnya, kewujudan cacing itu dipercayai berpunca daripada pengambilan makanan mentah atau yang tidak dimasak sepenuhnya dan luka dari anggota badan.

Cacing itu menyusuri salur darah sebelum memasuki kawasan mata pesakit.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...