من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Friday, August 31, 2012

Kisah Nabi Daud dan Ulat Merah


[FB] Pada suatu hari, Nabi Daud as terpandang seekor ulat merah ditanah. Nabi Daud bertanya kepada dirinya, "Apa kegunaan ulat ini kepada Allah?" Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata.

Lalu ulat merah itu pun berkata kepada Nabi Daud A.S. : "Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali."

Setelah ulat merah itu berkata demikian, dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S.
"Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?" Nabi Daud segera sedar kesilapannya yang memandang remeh akan ulat tersebut. Nabi Daud bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.

Begitulah sikap para nabi, apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan
maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerahdiri kepada Allah S.W.T. Jadi kita janganlah memandang rendah terhadap mana-mana makhluk yang sama-sama menumpang di bumi ini. Lebih-lebih lagi janganlah kita memandang rendah sesama manusia walaupun kita bijak, cantik atau kaya.

Ingat sekaya-kaya kita, kaya lagi Nabi Sulaiman. Sebijak-bijak kita, bijak lagi Nabi Khidir dan secantik-cantik kita, cantik lagi Nabi Yusuf. Namun mereka tetap merendah diri dengan Allah dan sentiasa patuh pada-Nya.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...