من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Sunday, August 26, 2012

Kisah Nabi Musa Alaihissalam menampar Malaikat Maut


[FB] Semalam Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari ada mensyarahkan Kitab Tahzib Misykat al-Masobih mengenai KISAH NABI MUSA MENAMPAR MALAIKAT MAUT,KEKUATAN NABI MUSA ALAIHISSALAM SERTA SIFAT MALU YANG ADA PADA NABI MUSA ALAIHISSALAM..:-)

Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari memberitahu bahawa sesungguhnya PARA ANBIYAK sebelum mereka hendak dicabut nyawa oleh Malaikat Maut,maka Malaikat Maut meminta izin dahulu kepada mereka. Kisah mengenai Nabi Musa Alaihissalam menampar Malaikat Maut semasa hendak mencabut nyawanya dibacakan semalam.Sebuah kisah daripada hadis sahih riwayat Abu Hurairah r.a. bahawa suatu ketika malaikat maut diutus kepada Musa a.s. untuk mengambil rohnya. Sebaik sahaja tiba, Nabi Musa a.s. terus menamparnya (sehingga terkeluar matanya).

Lalu malaikat maut pun kembali semula bertemu dengan Allah seraya berkata: "Engkau mengutus aku kepada seorang hamba yang tidak menginginkan kematian". Allah pun mengembalikan mata malaikat maut seraya berfirman: "Kembalilah dan berkatalah kepada dia agar mletakkan tangannya di atas belakang seekor lembu jantan. Dari setiap helai rambut yang dapat dilitupi oleh tangannya, maka baginya (umur) satu tahun".

Malaikat maut kembali dan menerangkan kepada Nabi Musa. Baginda bertanya: "Wahai Rabb, setelah itu apa pula?" Allah berfirman: "Kemudian kematian". Nabi Musa berkata: Jikalau begitu aku mahukan kematian sekarang".

Nabi Musa pun meminta kepada Allah agar dibawa mendekati tanah suci, sejauh lemparan batu Kemudian Rasulullah memberitahu: "Jika aku berada di sana, tentu aku tunjukkan kuburnya berhampiran Bukit Pasir Merah". - (Sohih Muslim, No. 2372)

Nabi Musa sebenarnya tidak menafikan ajalnya. Malaikat maut diutskan untuk bertanya, bukan untuk mencabut nyawa. Yakni, malaikat kembali mengadu kepada Allah dengan berkata: "Engkau mengutus aku kepada seorang hamba yang tidak mengingini kematian". Ini bermaksud, dia bertanya kepada Nabi Musa ada bersedia dengan kematian atau tidak.

Seterusnya Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari memberitahu kepada kami tentang kekuatan Nabi Musa Alaihissalam yang hanya menumbuk sekali terus mati orang yang ditumbuknya..Allah berfirman dalam al-Quran:Dan masuklah dia ke bandar (Mesir) dalam masa penduduknya tidak menyedarinya, lalu didapatinya di situ dua orang lelaki sedang berkelahi, seorang dari golongannya sendiri dan yang seorang lagi dari pihak musuhnya. Maka orang yang dari golongannya meminta tolong kepadanya melawan orang yang dari pihak musuhnya; Musa pun menumbuknya lalu menyebabkan orang itu mati. (pada saat itu) Musa berkata: Ini adalah dari kerja Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu musuh yang menyesatkan, yang nyata (angkaranya). (Al-Qasas:15)

Seterusnya Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari menceritakan perihal malunya Nabi Musa Alaihissalam. Disebutkan dalam hadith Nabi s.a.w. yang menceritakan; “Adalah Bani Israel mandi dengan bertelanjang (sesama mereka di mana) sebahagian mereka melihat kepada sebahagian yang lain. Akan tetapi Nabi Musa a.s. mandi bersendirian (kerana menjaga auratnya). Maka mereka (yakni Bani Israel) mendakwa; ‘Demi Allah! Tidak menghalang Musa mandi bersama kita melainkan kerana buah zakarnya bengkak’. 

Satu hari Musa pergi untuk mandi. Ia meletakkan pakaiannya di satu batu. Tiba-tiba batu itu lari bersama pakaiannya. Musa pun keluar dari tempat mandi itu (dalam keadaan bertelanjang) mengekori batu itu sambil memanggil; ‘Pakaianku, wahai batu’, hingga ia dilihat oleh Bani Israel. Maka mereka berkata; ‘Demi Allah! Tidak ada sebarang kecacatan pada Musa (sebagaimana yang didakwa)’. Musa dapat mengambil kembali pakaiannya dan dia lalu memukul batu itu” (Riwayat Imam al-Bukhari dari Abu Hurairah r.a.).

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...