من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Tuesday, September 18, 2012

Kesan Makanan Pada Keberkatan Hidup


[KI] Al Imam Haramain adalah seorang ilmuan terkenal yang mengorbankan seluruh masanya dalam menyebarkan ilmu Islam. Beliaulah guru kepada Al Imam Ghazali yang terkenal dengan buku "Ihya Ulumuddin"nya itu.

Ayah Imam Haraiman Abu Muhammad sebelum berkahwin bekerja sebagai seorang penulis kitab dan mendapat upah dari kerjanya itu. Setelah dapat mengumpul beberapa ribu dirham, maka Abu Muhammad membeli seorang Jariah (hamba) dan seterusnya berkahwin dengannya. Jariah itu amat tekun beribadah dan amat terpuji akhlaknya.

Setelah beberapa lama berkahwin maka lahir seorang cahaya mata. Abu Muhammad berpesan kepada isterinya jangan sekali-kali memberi makanan dan minuman yang tidak ketentuan. Pada satu masa, isterinya sakit menyebabkan susunya kering, anak kesayangannya menangis tidak henti-henti.

Seorang jirannya tidak tahan mendengar tangisan tersebut, maka jirannya datang dan menyusukan anaknya sekali susu. Apabila balik saja Abu Muhammad dia sangat marah dengan peristiwa ini, kerana anaknya disusui oleh orang yang tidak pasti ahli ibadah atau tidak.

Apa yang dilakukan oleh Abu Muhammad amat mengejutkan sekali, kerana beliau telah cuba mengeluarkan balik susu yang dihisab oleh anaknya, sampai anaknya itu muntah. Namun ada lagi sisa-sisa susunya itu yang masih ada dan ditelan oleh anaknya.

Anak itu ialah Imam Haramain, anak ini menjadi alim besar, seringkali apabila beliau mengajar dan kadang-kadang keadaannya tidak stabil dan marah-marah maka kata Imam "Ini adalah hasil dari sisa-sisa susu yang masuk ke dalam tubuhnya".

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...