من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Thursday, September 6, 2012

Windows 8 masuk pasaran 26 Oktober

Windows 8 bakal menjadi sistem operasi pertama Microsoft direka untuk komputer desktop dan juga tablet
 [SO] WASHINGTON - Windows 8, yang akan berada di pasaran 26 Oktober ini, bakal menjadi sistem operasi pertama Microsoft direka untuk komputer desktop dan juga tablet. Pengguna yang kini menggunakan sistem Windows XP, Vista atau Windows 7 juga boleh menaik taraf kepada Window 8 Profesional dengan harga AS$9.99 melalui pembelian atas talian.

Setakat bulan lalu, Windows 7 menguasai 42.76 peratus pasaran, berbeza dengan Windows XP yang mempunyai saham sebanyak 42.52 peratus - sekali gus lebih popular berbanding Window XP. Window XP dilancarkan pada 2001.

Window Vista berada di kedudukan ketiga dengan penguasaan pasaran sebanyak 6.15 peratus diikuti oleh Mac OS X 10.7 peratus dan Mac OS X 10.6 peratus 2.45 peratus dan 2.38 peratus. Apa yang pasti, versi Microsoft masih lagi mendominasi pasaran sebanyak 92 peratus.

Ia mengambil masa tiga tahun untuk Window 7 menjadi sistem operasi paling popular di dunia. Windows 7 kini merupakan sistem operasi desktop paling popular di dunia, menurut laporan bulan Ogos daripada ‘Net Applications’.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...