من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Friday, October 12, 2012

Tengkorak dalam perut

TENGKORAK Jamie tersimpan di dalam perutnya yang membonjol.
[KO] SEORANG bekas ratu cantik terkejut apabila mendapati suku daripada tengkorak kepalanya dikeluarkan dan disimpan di dalam perut selama enam minggu selepas dia terlibat dalam kemalangan yang hampir meragut nyawanya.

Pakar bedah menyimpan bahagian belakang tengkorak Jamie Hilton, 36, itu di dalam perutnya.
Ia diletakkan di bahagian abdomen Jamie bagi membolehkan tulang tersebut bebas daripada pencemaran kuman dan mendapat khasiat sewajarnya sementara menunggu bengkak di otaknya susut.
“Saya masih ingat ketika memakai gaun, melihat ke bawah dan ternampak benjolan ini di dalam perut, dan berfikir, adakah ini benar?” kenangnya.

Kemalangan
   Tengkorak Jamie kekal di dalam perutnya selama 42 hari sehingga dia menjalani pembedahan semula bagi mengembalikan tengkorak itu ke tempat asalnya. Kini, selepas tiga bulan melalui pengalaman yang menakutkan itu, dia sudah boleh pulang.

Jamie yang memenangi gelaran Ratu Idaho pada tahun 2009, mengikuti suaminya, Nick, dan iparnya, Greg memancing ikan salmon di Hell’s Canyon, Amerika Syarikat pada Jun lalu. Ketika Jamie cuba menarik tali pancingnya, dia tergelincir dan terjatuh kira-kira empat meter ke atas sebuah bongkah batu.

Nick bergegas mendapatkan isterinya dan mendapati Jamie tidak bernafas selain tidak sedarkan diri. Nick cuba mengangkat Jamie apabila dia bernafas semula.Nick berkata, dia kemudian mendapatkan bantuan kecemasan daripada renjer hutan. Jamie diterbangkan menaiki helikopter ke Saint Alphonsus Regional Medical Center Boise di Idaho dengan bengkak yang teruk pada otak.

“Saya hanya tahu keadaan menjadi semakin buruk. Saya tidak pasti jika saya menjerit namanya sekuat hati atau menjerit di dalam kepala saya sahaja. Tetapi saya tahu saya terpaksa menyelamatkannya segera,” jelas Nick. Keluarga Jamie telah diberi amaran bahawa 72 jam seterusnya akan menentukan hidup atau mati wanita itu. Doktor memutuskan untuk mengeluarkan satu perempat daripada tengkorak Jamie sehingga bengkak pada otaknya susut.
SEBAHAGIAN tengkorak Jamie disimpan di dalam perutnya.

Hidup semula
    Seorang profesor neurologi di Pusat Perubatan Presbyterian Weill Cornell New York, Dr. Ted Schwartz menjelaskan, prosedur yang dikenali sebagai hemikraniektomi dijalankan dalam usaha untuk melegakan bengkak. “Rongga tengkorak tertutup, jadi apabila berlaku bengkak, tekanan akan naik ke kepala dan boleh menjadi sangat berbahaya.

“Salah satu pilihan yang terbaik ialah melakukan implan tengkorak ke bahagian abdomen. Ia bukan sahaja disteril tetapi bergerak dengan anda,” ujarnya. Melalui laman blog Jamie, wanita itu mendedahkan kemalangan itu sememangnya memberi tekanan kepada kehidupannya namun bersyukur kerana dia boleh kembali melakukan rutin seperti biasa.

“Saya boleh merapatkan hubungan dengan anak-anak, mencium suami saya, bermesra dengan ibu saya.
“Ia ibarat mati hidup semula. Pembedahan berjalan seperti yang diharapkan dan tengkorak saya kembali dalam kepala saya. “Situasi ini benar-benar pelik untuk diperkatakan,” dedahnya yang menjalankan perniagaan teksi keluarga.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...