من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Saturday, November 24, 2012

Metro Makkah Telah Mula Beroperasi Pada 15 November Lalu


[HM] RIYADH: Al Mashaaer Al Muqadassah atau Metro Makkah diiktiraf sebagai satu daripada projek pengangkutan hebat dan paling berjaya dalam pemerintahan Raja Abdullah bin Abdul Aziz.

Setiausaha Rendah Kementerian Bandar dan Luar Bandar, Dr Habin Bin Mustafa Zain Al Abdeen berkata, pengangkutan Metro Makkah akan mengurangkan 30,000 kenderaan di jalan raya yang digunakan jemaah untuk berulang-alik dari Makkah ke tempat suci yang lain.

Jurucakap kementerian terbabit berkata, Metro Makkah akan beroperasi pada 15 hingga 19 November tetapi hanya 35 peratus daripada sistem pengangkutan itu akan digunakan. Projek itu dijangka dapat beroperasi sepenuhnya tahun hadapan.

Metro Makkah mempunyai 20 tren tetapi hanya 10 saja yang akan beroperasi pada musim haji ini. Setiap tren mampu membawa 3,000 penumpang dalam 12 gerabak. Setiap gerabak pula memuatkan 250 penumpang.

Pengangkutan itu yang beroperasi dari Arafah ke Muzdalifah dan Mina mampu membawa 72,000 jemaah dalam setiap perjalanan. Sebelum ini, jemaah terpaksa menempuh perjalanan menaiki kenderaan selama berjam-jam ataupun berjalan kaki untuk ke tempat suci.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...