من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Tuesday, January 29, 2013

Dunia Internet punca ledakan jualan ubat palsu

DAVIS dan Catherine dalam satu forum kesihatan di Manila, baru-baru ini
[BH] Ubat perangsang seks paling banyak ditiru : Perdagangan internet yang meningkat dengan pesat adalah punca utama ledakan jualan ubat palsu di seluruh dunia dengan nilainya kini mencapai AS$72 bilion (RM227.6 bilion), kata seorang ahli farmasi semalam.

Pakar keselamatan syarikat farmaseutikal antarabangsa, Pfizer, Scott Davis, berkata ubat perangsang seks Viagra dan Cialis keluaran firmanya adalah yang paling banyak dipalsukan sebelum ini. Keuntungan berlipat ganda hasil jualan ubat palsu juga mendorong penjual menggunakan kumpulan samseng untuk membawa produk mereka menyeberangi sempadan.

Scott Davis, Pakar keselamatan syarikat farmaseutikal antarabangsa Pfizer “Bagaimanapun sekarang, hampir semua ubat dipalsukan termasuk makanan kesihatan dan ubat malaria, demi mendapat keuntungan secara cepat,” katanya. Beliau berkata, keuntungan berlipat ganda hasil jualan ubat palsu juga mendorong penjual menggunakan kumpulan samseng untuk membawa produk mereka menyeberangi sempadan. “China kini adalah sumber terbesar ubat palsu dunia.

Perniagaan internet menyebabkan produk ini mudah didapati. Dengan kira-kira 90 peratus ubat palsu dipasarkan dan dijual menerusi internet,” kata beliau ketika bercakap dalam satu forum kesihatan di Manila. Davis berkata, laman web menjual ubat palsu biasanya tidak mempunyai alamat khusus dan mengeksploitasi peraturan kastam yang lemah untuk membawa masuk produk mereka ke sesebuah negara.

“Modus operandi perniagaan pengeluar ubat palsu kini semakin canggih. Kami terpaksa membawa ubat palsu berkenaan untuk diuji di makmal bagi mengetahui perbezaannya,” katanya. Beliau berkata, China adalah pengeluar ubat palsu nombor satu dunia, diikuti Jordan, Amerika Syarikat, Israel dan Kanada.

 Sementara itu, pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Catherine Dauphin, memberitahu forum sama, bahawa lebih separuh daripada ubat yang dijual di internet tanpa kebenaran kerajaan adalah palsu. Beliau berkata, kumpulan penjenayah biasanya mengumpan orang awam untuk membeli ubat palsu dengan menawarkan harga lebih murah dan tidak memerlukan preskripsi perubatan.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...