من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Sunday, June 23, 2013

SEJARAH ALIF MIN NUN WAU = SARKIS (P.RAMLEE)

P.Ramlee ketika menerima anugerah Filem Komedi Teraik Asia
[FB] Rasanya kesemua rakyat Malaysia pernah menonton filem P.Ramlee yg berjudul Pendekar Bujang Lapok.. Di dalam filem tersebut terdapat dialog yang merupakan antara dialog yang terus segar diingati kita hingga ke hari ini..

Apakah Maksud yang tersirat di sebalik dialog tersebut..?? Benarkah dialog tersebut diciptakan oleh P.Ramlee untuk menegur pemimpin UMNO..??

Di dalam buku tulisan saudara Abdullah Hussain " Seniman Agung P.Ramlee " terbitan karangkraf, cetakan pertama 1984. Sejurus selepas Filem Pendekar Bujang Lapok diumumkan sebagai komedi terbaik Festival Filem Asia ke enam di Kuala Lumpur (1959)

Tan Seri Ghazali Shafie yang ketika itu menteri kebudayaan dan penerangan telah berjumpa P.Ramlee di tempat duduk peserta dan bertanyakan beberapa soalan berkenaan kejayaan beliau mengondol anugerah filem komedi terbaik peringkat Asia..

Seperti biasa P.Ramlee yg telah terbiasa mengunakan perkataan Lu dan Gua ( ketika itu Lu dan Gua adalah bahasa pasar yg digunakan oleh penduduk Singapura )

TS Ghazalie : Macam mana u boleh menang malam ni..??
P.Ramlee : Gua buat filem utk masyarakat bukan untuk wang..
TS Ghazalie : Tahulah tapi macam mana u boleh menang dan macam mana juri dari hong kong, jepun dan dua orang juri jemputan dari Australia boleh pilih filem u sedangkan mereka tak faham bahasa kita.

P.Ramlee : Filem dan Lagu tidak memerlukan bahasa yg khusus. Seni adalah bahasa universal.. Gua hasilkan seni dari gua untuk masyarakat dan dari masyarakat untuk gua. ada nasihat ada sindiran dan teguran agar masyarakat boleh berfikir.. Gua pun kutuk lu punya geng juga.. ( Sambil ketawa ).

TS Ghazalie : u kutuk apa? i tak nampak pun..
P.Ramlee : Alif Mim Nun Wau tu lu punya geng la..
TS Ghazalie : hah.. i tak faham la..
P.Ramlee : Alif itu Akal, Wau itu Ugama. Alif tendang Wau Sarkis. bermakna Akal Tendang ( Tolak ) Agama maka manusia akan menjadi seperti bintang2 Sarkis, hidup tanpa agama ini hanya layak utk haiwan sahaja. Alif Min Nun Wau kan bunyinya UMNO

Terkedu Tan Seri Ghazali Shafie mendengar penjelasan P. Ramlee ketika itu.

Note : Ejaan dahulu Ugama bukannya Agama seperti sekarang ini..

Teuku Zacharyah Iskandar.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...