من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Tuesday, January 11, 2011

Halal ke makan ikan jerung??



Jerung halal dimakan

JERUNG adalah haiwan pemangsa di dalam laut dan apakah hukum terhadapnya? Bagaimana pula haiwan sejenis dengannya seperti yu dan yu tukul?

- Apakah hukum sebenar bagi kuda laut? Adakah ia termasuk di dalam kategori haiwan yang harus bagi umat Islam?

- Bagaimana pula dengan hukum memakan ikan buntal? Kita sedia maklum haiwan ini mempunyai racun di dalamnya dan segala racun adalah haram di sisi Islam. Bagaimana pula keadaan hukumnya jika racunnya dibuang?

- Ada orang mengatakan bahawa belangkas haram dimakan kerana mempunyai racun dan sebilangannya lagi kata ia halal dimakan. Apakah hukum sebenar haiwan ini?

- Apakah hukum makan anjing laut? Lazimnya haiwan ini boleh hidup di dalam laut dan hidup agak lama di atas darat. Paus dan ikan lumba-lumba pula adakah halal dimakan?

- Bagaimana pula hukumnya ikan belacak? Adakah ia juga termasuk di dalam jenis haiwan yang diharuskan syarak? Selain dalil dan nas al-Quran dan hadis, cara bagaimanakah lagi yang digunakan dalam mengetahui hukum berkaitan sesuatu jenis hidupan laut itu?

INGIN TAHU,

Kuala Lumpur.

BERBEZA dengan haiwan darat, semua haiwan laut menurut Sayyid Sabiq (171) adalah halal kecuali jika beracun (contoh, ikan buntal). Dengan itu, secara umum ikan seperti jerung, yu dan ikan paus boleh dimakan. Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut dan makanannya [yang mati sama ada terampung atau terdampar] (yang berasal) dari laut sebagai makanan yang lazat bagi mu, dan orang yang dalam perjalanan; & (Q 5:96). Ketika Rasulullah (s.a.w.) ditanya mengenai air laut adakah boleh digunakan untuk berwuduk, Baginda bersabda: Airnya suci dan bangkainya halal.

Asas hukum halal haram makanan ialah al-Quran, hadis, ijmak dan qiyas. Prinsip umum dalam al-Quran mengenai makanan ialah: Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan& (Q 2: 168).

Berkaitan makanan Islam secara umum hanya mengharamkan beberapa jenis. Umpamanya Allah berfirman: Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang sudah diwahyukan kepadaku sesuatu yang diharamkan bagi orang memakannya melainkan kalau benda itu [1] bangkai, atau [2] darah yang mengalir, atau [3] daging babi - kerana sesungguhnya ia adalah kotor - atau [4] sesuatu yang dilakukan secara fasik, iatu binatang yang disembelih atas nama lain daripada Allah...(Q 6: 145). Dengan itu, Islam membenarkan memakan segala makanan kecuali yang kotor dan salah tujuan. Dengan kata lain, prinsip makanan halal ialah ia tidak kotor dan tidak untuk tujuan lain seperti untuk sembahan selain daripada Allah.

Allah berfirman: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka? Katakanlah: Dihalalkan bagi kamu (memakan) segala benda yang baik (al-tayyibat) ... (Q 5: 4). Dan lagi: & dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik (al-tayyibat), dan mengharamkan kepada mereka benda yang buruk (al-khabaith). Makanan halal juga segala benda yang baik dan makanan haram ialah segala benda yang buruk termasuk daripada najis, kena najis, memudaratkan dan memabukkan.

Makanan manusia terbahagi kepada tumbuhan dan binatang. Haiwan pula terbahagi dua, iaitu haiwan darat dan haiwan laut (termasuk sungai, kolam dan sebagainya). Ada haiwan yang halal dan yang diharamkan syarak memakannya. Sesetengah haiwan diharamkan kerana zatnya dan setengah kerana sebab yang terjadi padanya umpama bangkai. Dalam keadaan ini setengahnya disepakati ulamak tentang halal haramnya dan setengahnya berlaku perselisihan (Ibn Rushd 2000: III: 19-35; Sabiq 2000, III: 170-82;).

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...