من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Wednesday, December 8, 2010

MI PEMBUNUH, Bihun Haram

Assalamualaikum semua...dan salam 1 mesia...
Baru-baru nie pas letih mengemas kenduri, belek2 balik paper lama, pastu adalah jumpa satu artikel lama yang amat berguna...rasanya boleh di kongsi ngan semua...

cuba tengok gambar kat bawah ni....

Gambar di atas ialah petikan akhbar KOSMO. Isu lama yang sebelum ini pernah heboh diperkatakan dalam media massa. Saya ambil dari blog Bujang Susah. Inilah yang terjadi kalau asyik mementingkan keuntungan dan kurangnya penguatkuasaan... kes nie dah lama berlaku...harap kita semua berhati2 lah jangan sampai perkara ni berulang lagi...

ADA SATU KES LAGI

PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGGUNA-PENGGUNA ISLAM DI MALAYSIA !! TERHADAP JENAMA-JENAMA KELUARAN KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD. (TASEK GELUGOR, SEBERANG PRAI)!!

PULAU PINANG – Sebuah kilang memproses bihun dan laksa iaitu KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD. (Co. No. 365216-T) yang terletak di :-
Lot 1123,
Tingkat Selamat 6
Kampung Selamat, Tasek Gelugor
Seberang Prai
13300. P.Pinang.

Kilang yang berkeluasan 4 hingga 5 ekar bertindak menipu dan mengaburi pengguna serta orang ramai dengan meletakkan tanda halal sendiri dalam tulisan jawi/rumi. Malahan kilang yang mengeluarkan jenama CAP CILI, CAP KETUPAT, CAP LANGSAT dan CAP CABAI BURUNG ini TIDAK PERNAH mendapat kelulusan logo/cop halal dari JAKIM. Malah permohonan mereka untuk sijil pengiktirafan pernah di tolak pihak Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

ZAKARIA DAN ANAK-ANAK SDN. BHD.
yang beralamat No. 22,24,26,
Tingkat Perusahaan Utama 1,
Taman Perindustrian Bukit Tengah, 14000
Bukit Mertajam.

Kilang Bihun Beras Indah Sdn Bhd masih mengeluarkan bihun di bawah nama Zakaria Dan Anak Anak Sdn Bhd, iaitu Cap Langsat, meskipun sudah sekian lama syarikat ini tidak lagi beroperasi. Jika diteliti, kedua- dua produk ini juga mempunyai tanda “halal” dalam tulisan jawi dan rumi. Dimanakah kuasa yang dapat menghalang perbuatan ini!!! JAKIM ?? KPDNHEP ?? ataupun MPSB itu sendiri.

Lebih memeranjatkan lagi, terdapat pusat ternakan babi yang keluasannya lebih kurang 2 ekar yang mampu menternak beratus ekor babi dalam satu masa bersebelahan kilang bihun tersebut dan hanya dipisahkan dengan pagar. Klik disini untuk berita seterusnya....


Ihsan Dari Bujang Susah

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...