من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Thursday, January 20, 2011

Kisah Benor




Kena baca kisah benar ni.......untuk pedoman masa depan.!! Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 2000. Ianya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.

Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar Jerantut. Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut).

Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya. Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar (budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini). Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah di dengarinya sebelum ini.

Salleh cuba mengendap dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar.

Akhirnya dia ketemu, dia mengintai dan melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sebatang tubuh yang sungguh ngeri wajahnya. Matanya kelihatan tersebul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang
berwarna coklat seperti warna tanah.

Tiba -tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri. Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya. Bapanya sekadar
tersenyum seraya memberitahu dia sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya
mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang
dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut. Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya.

Bapanya berkata dia hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung. Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu kata hatinya.

Selepas makan Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi berasa amat berat sekali. Salleh pun cuba bertempik untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.

Akhirnya beliau dapat berteriak memanggil bapanya. Kemudian beliau pengsan. Apabila dia membuka matanya dia dapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia melihat bapanya menghampirinya sambil terseyum dan berkata sabar segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia sedar dia melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia menanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menjawap nanti dia akan ceritakan, sebelum itu kita pergi menziarahi kubur Omar. Salleh
terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi. Setelah segalanya selesai dia pun mengikuti bapanya. Sesampai ditanah perkuburan dia melihat orang sedang mengali kubur. Tiba-tiba dia terdengar orang didalam lubang bertempik

...apa ni!!!

Salleh berlari untuk melihat tetapi dihalang oleh bapanya dia cuma melihat dari jarak kaki dari kubur tesebut. Dia melihat orang-orang dewasa seperti mengangkat sesuatu. Melihat dari memek muka mereka benda yang kelihatan seperti UBI yang sangat besar jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas
tol seperti dibawah:

603-5111055-238

Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi -RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah
Kelang sahaja.
Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan.
UBI......UBI...SAPER NAK BELI UBIIIII.....hehehehehe

Eheheheheheh.. sapa kena... jangan marah... sama2lah
kita kena ya!

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...