MARK ZUCKERBERG makan bersila dekat pintu sebuah kedai di Palo Alto, California baru-baru ini. |
[KO] PALO ALTO, California – Pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg makan bersila dekat pintu sebuah kedai di sini, lapor sebuah akhbar semalam. Zuckerberg yang berusia 26 tahun dan bilionair termuda dunia dengan anggaran kekayaan AS$16 bilion (RM48.81 bilion) memakai baju T, kasut sukan dan seluar jean Levi’s semasa dia makan makanan Mexico yang dibeli dari sebuah gerai di tepi jalan baru-baru ini.
Seorang pejalan kaki berkata, pengasas Facebook itu tidak dikawal oleh seorang pengawal keselamatan.“Dia (Zuckerberg) berjalan di gerai itu, menunggu dalam barisan seperti orang lain dan membeli ayam, nasi dan kerepek tortilla dengan harga AS$4 (RM12.20) untuk makan dengan seorang rakan di satu laluan ke sebuah kedai,” katanya.
Pengasas Facebook itu kelihatan seperti seorang pelajar yang tidak berduit semasa dia berdiri dan makan bersila. Zuckerberg menyewa sebuah rumah yang mempunyai tiga buah bilik di sini dekat dengan pejabatnya. Dia tinggal bersama kekasihnya, Priscilla Chan, 26, yang merupakan pelajar jurusan perubatan.
Zuckerberg turut memandu sebuah kereta Honda berusia lima tahun walaupun dia merupakan antara orang yang paling kaya di dunia. Dia mencipta Facebook di dalam bilik asramanya di Universiti Harvard, Amerika Syarikat pada 2004.
Namun, Zuckerberg tidak menamatkan pengajiannya di universiti tersebut dengan alasan untuk menumpukan perhatian ke atas Facebook. Pengasas Facebook itu menjadi bilionair termuda semasa dia berumur 23 tahun.
Post a Comment
Komen Anda