من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Friday, July 8, 2011

Lelaki gemuk menang undian pencarian model


[KO] LONDON - Seorang lelaki berbadan gempal, Roland Bunce, 24, berada di tempat teratas dalam pertandingan Make Me the Next Model 2011 yang akan diadili oleh barisan panel profesional selepas dia memenangi undian dalam talian.

Langsung tidak mempunyai penampilan dan raut wajah seperti seorang model, Bunce mendapat perhatian pengundi awam dalam talian selepas penyertaannya disabotaj oleh pengguna Internet.

Populariti Roland melonjak selepas kemunculannya menarik perhatian ramai pengundi bulan lalu. Dia juga terus mara untuk menang dalam pertandingan kelolaan pihak High Street yang bertujuan mencari model selepas menewaskan 5,000 peserta lain. Dia memperoleh undian terbanyak iaitu 66,000 undi.

Bunce yang merupakan seorang jurutera komputer dari Belfast akan mempertaruhkan nasibnya dalam pusingan terakhir bersama 250 orang peserta lain pada 30 Julai ini.

Pertandingan yang menerima 5,000 penyertaan itu menawarkan pemenangnya dengan baucar bernilai AS$3,221 (RM9,695.10) dan sesi fotografi untuk diperkenalkan kepada agensi peragaan.

Comments

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
There are no comments posted yet. Be the first one!

Post a new comment

Comments by

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...