-
من الأيات القرآن الكريمة
Jom Ikut Mee Udang....
Monday, July 25, 2011
Minuman ais, berkafein bukan punca lemah tenaga batin
[HM] Minuman sejuk melegakan kehausan. Ini gambaran yang kita dapat setiap kali melihat iklan minuman. Malah, iklan itu tidak dibuat tanpa kajian.
Minuman sejuk juga melegakan keradangan tekak. Tidak hairan jika kita mengalami jangkitan tekak, doktor syorkan minuman sejuk atau aiskrim. Sama juga jika mengalami bengkak atau keradangan sendi atau kecederaan, kita guna ais untuk meredakannya.
Begitupun, minuman sejuk tidak mengganggu ereksi atau melemahkan tenaga batin. Sebenarnya, tiada kaitan antara ais dan tenaga batin seseorang kerana ketegangan dan ereksi lelaki berlaku apabila darah disalurkan kepada zakar. Jadi, tiada sebab mengapa lelaki tidak boleh minum minuman sejuk.
Bercerita mengenai kaffien, ramai tidak tahu kaffein daripada kopi mempunyai kuasa melancarkan darah dalam anggota kelamin secara sederhana seperti ubat pelancar darah PDE-5 Inhibitor seperti ‘Viagra’.
Tidak hairan jika kita lihat kopi menjadi minuman kegemaran lelaki sejak turun menurun. Kopi juga dapat menghindari penyakit nyanyuk atau Alzeimer selain mengandungi antioxiden yang menyegarkan tubuh badan dan nyah penuaan. Jika suami suka minum kopi atau Nescafe bercampur ais, biarkan saja. Setahu saya, minum kopi sebegitu tidak mengganggu fungsi syahwat.
Mengenai air mani pekat, memang pada mula air mani yang keluar adalah pekat. Beberapa minit kemudian ia menjadi cair untuk memudahkan sperma bergerak aktif. Kesuburan lelaki hanya boleh diketahui setelah menjalani ujian air mani. Melihat keadaan air mani sama ada pekat, sedikit atau cair tidak memberi apa-apa makna.
Anda jangan was-was mengenai kesihatan suami. Jika dia gagal dalam hubungan seks, anda harus mencadangkan dia berjumpa doktor, bukan bomoh, tukang urut atau membeli ubat kuat di kaki lima. Kini semua masalah kesihatan lelaki ada penawar dan boleh dirawati doktor melalui rawatan moden.
Doktor Sakit Tuan
Dr. Ismail Thamby
Minuman ais, berkafein bukan punca lemah tenaga batin
2011-07-25T10:46:00+08:00
Restoran Mee Udang D' Tanjung
Kesihatan|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment
Komen Anda