من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Sunday, August 14, 2011

Terkejut lihat lembu depan pintu



[KO] ENNISKILLEN, Britain – Seorang wanita Ann Maguire terkejut melihat seekor lembu jantan besar seberat satu tan tercegat di pintu rumahnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Maguire berkata, dia mendapati lembu jantan berwarna coklat itu asyik merenung cermin kaca pada pintu depan kediamannya di sini, negeri Ireland Utara.

Bagaimanapun, tanpa disangkanya, dia ketawa apabila menyedari haiwan itu seperti seronok dapat melihat refleksi sendiri pada cermin itu.

“Ia seperti memuji ‘betapa kacaknya aku’ di hadapan pintu depan rumah saya. Kejadian ini sungguh melucukan,” kata Maguire kepada sebuah akhbar tempatan. Lembu itu yang terlepas dari sebuah treler, kemudian beredar sebelum ia ditangkap penduduk setempat ketika merayau-rayau di bandar ini.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...