[kosmo] JAKARTA - Tujuh ekor anjing yang ditinggalkan tanpa makanan dan minuman selama dua minggu, bertindak membaham tuannya sendiri, selepas dia pulang bercuti ke rumahnya di Manado, menurut polis, kelmarin.
Jiran mangsa yang curiga mengenai kehilangan mangsa dikenali sebagai Andre Lumboga, 50, bertindak melaporkan perkara itu kepada polis, selepas terhidu bau busuk dan turut menemui beberapa buah beg pakaian di luar rumahnya.
Ketua polis tempatan di Pulau Batam, Eriyana berkata, polis menemui kepala mangsa di dapur, manakala badannya pula di bahagian luar rumah, Isnin lalu.
Hasil siasatan pihak berkuasa mendapati, Andre dipercayai pulang ke rumahnya minggu lalu, sebelum kesemua anjing peliharaannya bertindak menyerangnya secara tiba-tiba.
Mereka turut menemui serpihan tulang dua lagi anjing yang menjadi hidangan kesemua haiwan menderita kebuluran tersebut.
-
Post a Comment
Komen Anda