من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Tuesday, November 22, 2011

Askar Singapura didakwa hina Islam

Christian Eliab Ratnam

[SO] SINGAPURA - Seorang anggota tentera Singapura sedang disiasat atas dakwaan menghina Islam di dalam laman sosial Facebook miliknya, menurut jurucakap polis negara itu, kelmarin. Christian Eliab Ratnam mengirim teks gambar menghina Islam serta beberapa kandungan menghasut lain di dalam akaun Facebook miliknya yang telah ditutup sejurus siasatan bermula.

Menurut akhbar Straits Times, satu laporan polis dibuat mengenai tindakan biadap askar itu dan surat aduan turut dihantar kepada Menteri Pertahanan Singapura. Kementerian Pertahanan Singapura mengeluarkan kenyataan bahawa mereka memandang serius perilaku anggota tentera negara itu di tempat awam dan sedang membantu siasatan polis serta akan mengambil tindakan berpatutan jika perlu.

Laporan media juga menyebut Ratnam menyokong rejim Israel dan Yahudi termasuk menjadi ahli kumpu-lan Facebook khusus untuk rakyat Israel dan Yahudi yang tinggal di Singapura.

Insiden bersikap perkauman itu adalah yang kedua dalam tempoh seminggu di Singapura selepas anggota Pemuda Parti Tindakan Rakyat (YPAP), Jason Neo, disiasat mengenai keterangan gambar menghina kanak-kanak Melayu yang ditulis menggunakan perkataan kesat di akaun Facebook miliknya.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...