SEORANG anggota keselamatan diasak oleh salah seorang penduduk yang berasak-asak untuk mendapatkan daging korban di Agensi Audit Tertinggi di Jakarta semalam |
[KO] JAKARTA - Sejumlah penduduk sanggup berasak-asak untuk mendapatkan daging korban yang diberikan secara percuma sempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha di sini semalam.
Beberapa anggota pihak berkuasa mengawal sejumlah penduduk yang mengerumuni pintu pejabat Agensi Audit Tertinggi untuk menerima daging percuma. Presiden Susilo Bambang Yudhoyono memberikan sumbangan 1.2 tan lembu selepas solat Hari Raya Aidiladha di Masjid Istiqlal di sini.
Sebanyak 60 ekor lembu dan 27 kambing disembelih manakala dagingnya diagihkan kepada 10,000 orang. Hari Raya Aidiladha disambut oleh seluruh penduduk Muslim di dunia. Sambutan itu diadakan sempena peristiwa Nabi Ibrahim yang sanggup mengikut perintah Tuhan mengorbankan anaknya, Nabi Ismail.
Namun, tempat Nabi Ismail itu kemudian ditukarkan dengan seekor kibas oleh Tuhan. Penduduk di Libya turut meraikan Hari Raya Aidiladha semalam walaupun harga barang melonjak tinggi selepas kebangkitan rakyat menentang kepimpinan Muammar Gaddafi.
Di Syria, sejumlah penduduk berhimpun selepas solat Hari Raya Aidiladha pagi semalam bagi menentang pemerintahan Presiden Bashar al-Assad. Seramai 3,000 orang terbunuh di negara itu sejak kebangkitan rakyat menentang kepimpinannya pada Mac lalu.
Namun, Bashar menghadiri solat sunat Hari Raya Aidiladha di Masjid Al-Nur di bandar Raqqa. Di Bandar Gaza, ketua pentadbiran Hamas di Tebing Barat, menyampaikan ucapan di Masjid Palestin sempena sambutan Hari Raya Aidiladha. "Ini merupakan hari besar untuk kebebasan di Mesir dan Tunisia serta Libya dan semua orang yang menang menentang kezaliman.
Post a Comment
Komen Anda