من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Sunday, December 25, 2011

Jangkitan AIDS Pada Tatu Di Bali ??

GAMBAR yang disiarkan semalam menunjukkan seorang pelancong asing mendapatkan tatu di Bali, Indonesia.
[KO] BALI, Indonesia - Pelancong asing diberi amaran agar mengelak daripada mencacah tatu di pulau ini selepas seorang penduduk Australia Barat (WA) dijangkiti virus sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS), lapor sebuah akhbar semalam.

Jabatan Kesihatan Australia Barat menyatakan di laman webnya bahawa semua bukti menunjukkan tatu yang diperoleh di sini baru-baru ini menjadi punca jangkitan tersebut.

Pengarah Kawalan Penyakit Berjangkit, Dr. Paul Armstrong berkata, mencacah tatu dan bertindik di luar negara terutamanya di negara-negara membangun adalah berisiko dan merbahaya.

"Kes ini membuktikan bahawa seseorang berdepan risiko kesihatan apabila menjalani prosedur seperti ini di luar negara," katanya. Menurutnya, tidak seperti di beberapa buah tempat di seberang laut, pelukis tatu di WA perlu mematuhi peraturan dan kod amalan yang ketat.

Justeru, beliau menasihati warga Australia yang pernah mendapatkan tatu di sini baru-baru ini agar menjalani pemeriksaan kesihatan dan ujian HIV.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...