من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Wednesday, December 7, 2011

Kepada Pengguna Ubat Penahan Sakit, Sila Baca Info Ini


[info] Ubat penahan sakit sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita semua, walaupun sakit sedikit sahaja. Mungkin badan kita terlalu dimanjakan dengan ubat penahan sakit ini menyebabkan kebanyakan kita tidak tahan sakit, tidak seperti nenek moyang kita dulu.

Artikel di bawah ini memaparkan 5 ubat penahan sakit yang paling bahaya di pasaran sekarang. Yang paling bahaya ialah pertama, Perencat Cox-2 (atau celebrex) yang meninggikan risiko mendapat serangan sakit jantung; kedua ialah NSaids yang selalunya diambil untuk menahan sakit kronik seperti arthritis, sakit belakang atau sakit tengkuk. Nsaid ini akan menyebabkan ulser dan pendarahan gastrointestin.

Opiate pula ubat penahan sakit yang diberi kepada orang yang mengalami kecederaan teruk dalam kemalangan yang selalunya diberi secara berlebihan. Acetaminophen pula boleh menyebabkan hati (hepa) gagal berfungsi.

Aspirin yang selalu kita ambil pun termasuk dalam ubat berbahaya yang juga boleh menyebabkan ulser dan pendarahan gastrointestin, selain daripada memberi kesan terhadap otak yang hati, jika ia diambil dalam dos yang tinggi atau dos rendah tetapi dalam tempoh yang panjang.

Oleh itu, cuba kurangkan pengambilan ubat penahan sakit berbahaya ini dan ia boleh digantikan dengan ubat alternatif semulajadi yang semakin banyak dalam pasaran. Seterusnya [di sini]

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...